Tuesday, November 16, 2010

mak..ayu rindu..(T_T)

wanita ini adalah semangat saya.

tensen. tidak dapat balik ke kampung semasa raya adalah perkara paling annoying dalam hidup. walaupun hari raya aidiladha tidak semeriah hari raya aidlfitri, saya tetap mahu pulang ke kampung halaman. bukan setakat emak,anak sedara sahaja yang rindukan saya,tetapi ayam,itik(sengaje menokok tambah supaya kedengaran lebih sadis),burung berkicauan juga rindukan saya. mungkin penunggu kampung juga terintai-intai kepulangan saya ke kampung.mana tahu boleh jadi bahan. arghhh..persetankan..

di terengganu,hari raya korban pon meriah tau. setiap pagi raya mak akan buat nasik bukhari berlaukkan gulai terengganu. kami adik beradik dapat makan makanan special ini 1 tahun 2 kali sahaja..sedihkan.. saya nak balik kampung.tp cuti sehari sahaja.gila apa nak balik.7 jam pegi 7 jam balik bukan lah munasabah untuk pulang ke kampung. rindu kt mak..rindu kt aliya..rindu kt jejaka ensem kt kampung..ok.tipu semata.kampung saya tiada jejaka hensem.(saya berharap tiada diantara mereka membaca blog ini..yakin)

takpa lah..di malam raya ini saya mahu pergi membuat aktiviti yang lebih urban seperti pergi makan kat lookout point bukit ampang..sengaja mahu menjeleskan penduduk kampung..sebenarnya dalam hati saya sgt jeles pada rakyat terengganu yang beraya di terengganu....!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAK..MINTAK MAAF ZAHIR DAN BATIN. KT K.L AYU TAK NAKAL TAW..HEHE

P/S: cik tiah..sediakan makanan yang byk untuk kami..esok kami dtg dgn perut kusun..

No comments: