Saturday, December 18, 2010

bercakap tentang dosa.

ini kt port dickson.gamba nih di amik awal tahun 2009 kalo tak silap.
one of my favorite picca.
ok,sedikit perasan.hikhik..


hehe..tak tahu macam mana saya nak mulakan. bab-bab nak mulakan satu karangan memang saya fail. sekarang saya ingin bersembang tentang dosa. selalu tak anda dengar ayat- ayat macam ni.

'matlamat tidak menghalalkan cara'
'selagi Tuhan menutup aib seseorang,kita tidak berhak menyebarkannya'
'jangan buka pekung di dada'
'yang berdosa tetap berdosa,tidak kira apa jua keadaannya'

manusia selalu buat silap. tidak kira besar atau kecil. dan,kita sebagai manusia,kita tidak berhak mengukur banyak mana dosa seseorang. sedangkan dosa sendiri pun kita tidak tahu sebanyak mana.

saya terpanggil nak menulis ni pun sebab isu gay yang telah melanda atmosfera internet di malaysia. seorang lelaki melayu islam telah membuat video,mengaku beliau seorang gay dan inginkan hak samarata dengan orang straight.lebih kurang macam tu la ceritanya. dan telah berlaku perbahasan tentang kes ni di antara para blogger. ada orang setuju dan sudah pasti ramai tidak setuju. saya ingin tegaskan kepada gay tersebut, yang berdosa tetap berdosa la awak. kalau awak nak jadi gay sekalipun,tidak payah nak bagi satu malaysia tahu. kalau awak tak malu tak apa, tapi mak ayah awak dekat kampung macam mana? kesian dekat dorang la awak. kalau awak tanak jadi anak penipu sekalipun,mengaku depan mereka sahaja. sekurang-kurangnya mereka tidak menanggung aib awak bila ingin berdepan orang ramai. entah lah,umur dah matang,tapi saya tak tahu apa yang dia pikir.

saya seorang tidak bertudung. dan ada orang penah tegur saya pasal saya tidak bertudung. tetapi saya tidak marah dia tegur saya. siapa kawan-kawan yang add saya dekat facebook tahu kot pasal kes ini. saya hanya berfikiran positif. buat apa saya nak marah-marah orang tegur saya tidak bertudung. memang tanggungjawap dia tegur sesama islam. sebab saya tahu kalau saya mengeluarkan hujah saya macam manapun saya tidak akan menang. sebab memang dah termaktub ianya berdosa. jangan lah mengeluarkan alasan yang seperti 'ini hak saya', 'orang yang pakai tudung pun lagi jahat', atau paling tidak berakal 'kubur lain-lain'.

saya pun banyak lakukan dosa-dosa besar.sekali-sekala memang terfikir nak berubah. tetapi setiap kali ingin berubah sekejap saja. memang saya ni jenis hangat-hangat taik ayam punye manusia. bila Tuhan turunkan kesusahan kat saya time tuh la nak berubah. bila problem dah setel buat balik. dan kebanyakan orang pun berperangai sama. salahkan syaitan? sebenarnya musuh utama adalah diri kita. syaitan hanya menggoda.diri kita yang pilih jalan mana kita nak tuju. dosa besar apa yang saya lakukan? tidak perlu saya mention kat sini. berbangga dengan kejahatan yang saya lakukan. dulu saya pernah buat begitu dan saya memang super bodoh masa tu. dan sekarang pun bodoh.haha..

tetapi kenapa ada orang marah betul bila orang tegur dia buat dosa. dah memang terang-terang kita buat dosa. kalau orang tegur dengan cara baik,jangan maki balik orang tu. kalau tidak mahu ikut nasihat sekalipun, senyum je la takpun diam. jangan marah,lebih baik ucap terima kasih atas nasihat. ada jugak orang yang suka tegur dengan cara maki. saya tidak suka lah cara macam ni. sebab kan, lagi susah nak serap nasihat bila tegur dengan cara kasar. betul tau.ini fakta bukan auta beb.

dan kepada orang yang rasa diri kurang berdosa,jangan terlalu cepat menghukum seseorang. bila awak tengok seseorang melakukan kesalahan yang anda tidak buat, jangan terus membenci. anda boleh bencikan perbuatan buruk itu,tetapi jangan membenci pelakunya. banyak saya tengok dekat blog-blog gossip bila seseorang artis tu buat salah je,maki kaw-kaw. ada tuh siap main mak bapak. lepas keluar perkataan sial,pukimak,sundal pastu pandai pulak cakap "Allah akan laknat kau". ades,time maki tak ingat tuhan pulak. sama je dosa. dulu saya tidak percaya orang boleh berubah. kalu dah jahat tu,jahat la selamanya. entah,sekarang nih pendapat saya tak relavan lagi. sebab dulu wardina super sexy,tengok sekarang. gile cun pakai tudung. hahaha... kalau tuhan buka hati seseorang tuh,maybe dia boleh berubah jadi lebih baik dari orang dok kutuk-kutuk dahulu. mana tahu kan?

hurm..cerita pasal berubah,entah bila giliran saya. hehe. saya rasa saya tak cool kalau jadi budak baik. nanti dalam kubur baru kau tahu ayu ooiii. kubur kau tak cool tau. hampeh punye diri sendiri!!

p/s: pada kawan-kawan tolong campak saya ke dalam laut.











6 comments:

s.a.r.a.h. :p said...

besh2 n3 nie :)
nak mintak tolong saye campakkan x miahahahah :p

ayyu said...

campak dalam laut p.d..dah lme x berendam dlm tuh..hahaha

iQapiQa said...

dayu aku peminat stp n3 mu..heheh

ayyu said...

jgn minat aku..aku dah ade boifren..hahahaha

dillataib said...

insyaAllah moga dpermudahkn utk mg dayu.
Aku doa hok trbaik sokmo utk mg.

Jom masuk syurga rmai2.!
N of course live happily ever after:)

Btw,nice article.tulis la sokmo ye.^_^

ayyu said...

thanks dilla..muahmuah...
hehehehe