Thursday, December 9, 2010

buatan malaysia

ini gambar candid tau.haha
talent: fathiah/tya

hye..! gambar di atas saya ambik dekat bukit broga.kawasan ini dekat semenyih kalau tak silap. bagi yang tidak tahu,syed muzafar ambik gambar pre-wedding dia kat sini lah.okey,ayat tumpang glemer dan riak. background gambar ini macam kat luar negara.serius.sebab saya pernah lihat student malaysia di japan amik gambar background nya sebijik sejibon macam kat bukit broga. tengok! Malaysia pun cantik la. kat sini saya nak cerita pasal buatan malaysia vs buatan luar negara.

menurut kajian dr.fazdilah kamsah(betol ke eja nih!),seseorang human sapiens lahir pada bulan disember adalah seorang yang patriotik. saya agak bersetuju.tapi saya tahap patriotik yang biasa-biasa saja. saya cukup berbulu dengan rakyat malaysia yang malu dengan negaranya sendiri. adessss.. saya terpanggil kat nak tulis kat sini sebab saya gatal mata pegi baca komen-komen pasal kereta buatan malaysia dan kereta buatan luar negara. paling dasyat pergi banding kereta proton wira dengan ferrari. berdarah-darah mata saya baca.nak cakap mereka nih cetek akal,saya sendiri pon belajar tak habis.memang tak sedar diri la saya cakap orang lain cetek akal. entah la,tak tahu saya nak letak orang macam nih apa kategori. kalo sedara blogger obefiend,dia panggil org macam nih AMALAYNICAN.

saya akui saya sendiri suka jenama omputih.saya suka jenama levis(tp tak ada seluar jeans levis),nike,nikon(jepun), dan kereta idaman saya suzuki swift(jepun). kenapa tidak perodua. standard(bahasa omputih gak) la,kalau sebut idaman mesti la yang mahal-mahal.dan benda mahal sinonim dengan barang import. tapi saya nak tegaskan jangan la kutuk-kutuk barangan buatan tempatan. nak kutuk boleh,tapi yang membina.

filem
banyak jugak saya jumpa orang yang geli,malu dan memang kondem habis citer melayu. contoh saya pernah terkejut dengan satu dialog rakan sekelas saya masa di kolej dulu.

saya: best la citer upin upin.aku suke gile.pasni nak tengok lagi!! cumel..cumel..(gedik sikit sbb ade budak ensem)
rakan 1: aku tak tengok lagi.tapi orang cakap best.nak tengok la.
rakan 2: eei..aku tak suka la tengok filem bahasa melayu. rase lain macam.tak sesuai la citer melayu dalam panggung..
saya dan rakan 1:.......

lagu
saya mengaku,saya pergi konsert paramore tapi tak pergi konsert awie dan amy search. mentang-mentang awak peminat artis va va voom,please jangan la kutuk orang dengar lagu jelmol,lagu rock kapak even lagu p.ramlee. okey,ini pengakuan ikhlas,saya pernah kutuk orang suka dengar lagu hindustan.sekarang saya belajar dari kesilapan.sekarang saya sudah diamkan mulut supaya tidak membebel orang dengar lagu hindustan kuat2 tapi mula memakan panadol sebab pening dan tidur. saya baru menyedari,saya perlu menghormati citarasa seseorang,biarkan mereka dengan minat mereka selagi tidak menyusahkan kita. baru nak sedar..umur dah 21 tahun.saya mula meluat dengan perangai sendiri.


kereta
yang nih saya nak tergelak.kebanyakan orang yang kutuk kereta malaysia adalah pengguna proton dan perodua. paling import pun,honda ferio second atau third hand.


sebenarnya saya tak ada masalah dengan peminat barangan,filem,lagu bukan buatan malaysia. kalau mereka tak minat tetapi tidak kutuk,saya memang tak ada masalah.tapi paling saya tak tahan jika mereka kutuk,mempersendakan orang yang minat produk keluaran tempatan. tetapi diri sendiri pemagang passport biru bernama mykad.

saya suka orang yang kutuk,kondem yang membina.ataupun seseorang yang kutuk2 dan mengeluarkan idea yang bernas. okey..sangat bagus untuk pembangunan Malaysia. tapi setakat kutuk2 tapi tak ada action langsung,baik anda diam.


p/s: entry yang agak keras.haha..



2 comments:

~tYa~ said...

ok
i like diz post ohkey!

ayyu said...

tenkiu2..haha