Wednesday, December 22, 2010

best eh dapat mengaibkan orang?

asik letak gambar orang lain je. tuan blog nak enter frame jugak.haha


hye rakan-rakan yang tersayang. ok,sedikit gedik. dah lama tak letak gambar sendiri dekat blog. okey kalau anda rasa tidak comel,feel free to close this picture with your own hand. make sure using the right one aaaa!!! haha.. hari ini saya nak membincangkan tentang topik mengaibkan orang yang tidak dikenali atau orang yang kita kenal di blog.

mungkin ada sesetengah orang ada mengangap saya suka mencari kesalahan orang di blog. pastu asyik puji diri sendiri baik.macam bagus je.haha..saya ingin tegaskan di sini bahawa saya cuma ingin mengeluarkan pendapat peribadi saya sahaja. kepada yang tidak setuju boleh bagi sebab dekat komen box ek. saya pun hendak tahu pendapat orang lain jugak. yelah,manusia kan berbeza-beza. kalau sama tak best la kan.?

erm.. back to topic. kenapa sesetengah orang suka menyebarkan aib orang lain? kes ini lebih spesific kepada sesetengah blogger. sesetengah je okay. saya tahu kawan-kawan saya tidak berperangai macam ni.haha. bodek kuat. saya agak sentap la kalau buka sesuatu blog pastu ada entry gambar orang yang buat dosa,tidak senonoh atau apa-apa je lah yang tidak baik, lepas tuh letak tajuk yang menarik perhatian. contoh " budak sekolah bertudung merokok"..contoh je okay. idea spontan nih. haha.. sambung balik. entry itu lengkap dengan attachment gambar lagi. lepas tu cuma mosaickan mata pelaku tersebut. alasan menyebarkan gambar tersebut hanya sekadar pengajaran. alasan yang langsung tidak dapat di terima!

kenapa saya kata alasan untuk sekadar pengajaran tidak boleh di terima. at the first place,si pelaku tadi memang bersalah sebab pergi upload gambar-gambar sebegitu di facebook atau mana-mana social networking. tetapi, kenapa si penyebar atau peng'copy' gambar tersebut tidak tegur terus kepada si pelaku?kemungkinan besar si peng'copy' adalah frenlist pelaku tersebut.kalau tak macam mana anda dapat gambar eksklusif tersebut kan?dah alang-alang ada network,tegur la dulu pelaku tersebut.saya sedikit heran. same goes to unprofessional paparazzi out there. they simply take the picture and sent it to famous bloggers. and then bloggers publish it on their entry. haha. good job!

berbalik kepada alasan pengajaran tadi, sebenarnya banyak lagi pengajaran yang boleh di buat sebenarnya. contoh kisah nabi ke sahabat nabi ke.banyak tu pengajaran. kalau anda publish dekat blog gambar yang mengaibkan, sebenarnya langsung tidak ada pengajaran. kalau ada hanya sedikit. lebih banyak keburukan dari kebaikan. sebab readers lebih kepada membuat andaian sendiri yang telah jatuh hukum fitnah, mengutuk, menghina, mencaci dan saya paling pantang,ada komen mak bapak tak ajar. ada jugak terus cakap orang kapir. haha.. berair mata saya sebab tergelak-gelak dengan komen-komen yang tidak masuk akal sebegini. tengok? apa dah jadi. pengajaran yang anda dapat atau warning letter dari boss sebab kantoi mengular time kerja?

saya jugak ingin menyelami hati seorang penyebar atau peng'copy'. saya patut bagi nama untuk menyenangkan diri saya menaip. penyebar+peng'copy'=barpy. apa si 'barpy' ini dapat eh? kepuasan? kalau betol dia dapat kepuasan,saya ingin mencuba. sebab saya selalu bosan dalam hidup. ke dia dapat glemer? tapi saya tidak pernah jumpa pulak si barpy yang famous gila-gila. agak musykil di sini.

yang saya tahu blogger famous gila-gila,contoh, hanis zalikha & fatin liyana tidak pulak pernah menyebarkan aib orang dekat blog dia. blog dorang pun famous jugak. ermm.. entah lah. blog memang tempat kita meluahkan perasaan, pendapat, kehidupan diri sendiri atau tempat menyebarkan maklumat. sekiranya anda tidak berpuas hati atau marah dengan seseorang tak payah la mention nama orang tersebut. sebab, cuba anda duduk di tempat orang tersebut? adakah anda suka nama dan gambar anda di jaja pastu orang sediakan comment box untuk mengadili anda sewenang-wenangnya tanpa mendengar penjelasan anda terlebih dahulu?
kalau anda tidak suka, sudah tentu si mangsa mempunyai perasaan yang sama.

dah.penat bahu menaip panjang-panjang.


p/s: kalau anda perasan,saya ada tulis ayat-ayat dalam bahasa english sikit-sikit. saya tengah training untuk tajamkan skill english. sebab tempat kerja baru sekarang dorang asik speaking london je.rasa ketinggalan jauh sangat.so kalau ada error, sound tepek terus.haha.

No comments: