Thursday, December 30, 2010

kalau dia sakit,saya rasa sangat sakit.

gambar ini ditangkap kat p.d. cik abang teman saya tunggu matahari terbenam kat sana.
masa nih cik abang berisi sikit.

esok tahun baru, erm. rasa tak happy sangat. cuma rasa best hari ni cuti. semalam masa seronok-seronok sebab dapat tahu hari ini cuti, cik abang saya ada hantar sms.

'saya bukan pembawa,tapi memang ada talasemia'

meremang bulu roma. lelaki paling saya sayang selain arwah ayah, menghidap penyakit itu. memang ini ujian untuk saya. masa saya telefon dia,dia macam okey je. sama macam manusia sihat yang lain. entah,apa yang ada dalam hati dia saya tak tahu. masa saya dapat berita tu,dia baru balik dari kpj seremban. bila doktor pakar yang sahkan dia ada penyakit tu, macam mana saya nak nafikan semua tu adalah rekaan semata-mata.

bila balik je kerja,saya terus google pasal sakit talasemia. menurut wikipedia,penyakit talasemia ini adalah penyakit keturunan,di mana penghidap mempunyai kecacatan gen dalam sel darah merah. paras hemoglobin dalam sel darah rendah. talasemia ada 3 jenis. talasemia minor,major dan intermedia. menurut kefahaman saya, talasemia minor adalah pembawa sahaja. kalau talasemia major yang mempunyai baka talasemia yang sepenuhnya dan talasemia intermedia adalah gabungan keduanya. saya tidak tahu cik abang saya jatuh dalam kategori apa. dia pun tak tanya doktor.
cik abang saya memang pucat. baru-baru ini masa saya teman dia makan prosperity burger kt mcd, dia ada cakap berat dia turun. dari 56kg ke 52kg. sedangkan dia makan sangat banyak. rasa nak menagis masa tu jugak tapi saya tahan. sedih sangat tau.bagi orang lain memang benda tu perkara kecik, tapi bagi saya tak. saya tak endah kesihatan diri saya,tapi untuk orang yang saya sayang,saya betul-betul ambil serius. waima demam sahaja. saya betul-betul ambil berat pasal dia.

saya pernah kehilangan orang yang saya sayang.arwah ayah saya. perasaan itu sangat pahit dan tak mampu untuk ditelan dengan mudah. ia memakan masa yang saaaaannnnnngggggaaaatttt panjang. jadi untuk menerima kehilangan yang lain untuk waktu yang terdekat adalah sangat mustahil untuk saya. saya tidak kuat untuk itu. bila saya tahu mak saya sakit, tiada siapa yang tahu saya menangis rasa nak balik kampung. bila adik saya sakit dekat bahagian kaki dia, tiada siapa yang tahu saya menangis di dalam selimut. kenapa adik saya yang kena tanggung kecacatan kaki dia.kenapa bukan saya. kenapa bukan orang jahat yang lain. saya selalu tertanya-tanya. sebab itu saya sayang selimut dan bantal peluk saya. mereka berdua sangat setia menjadi tempat untuk menadah air mata saya.

apa yang saya buat sekarang ialah untuk lebih setia, beri sokongan dekat dia dan menyayangi dia lebih dari yang dia dapat rasa. untuk tinggalkan dia, perkataan itu sudah lama saya gunting dan bakar dari kamus hidup saya. perasaan saya lebih kuat dan tidak keterlaluan jika saya cakap saya sayang dia lebih dari diri saya. walaupun doktor cakap pada saya pada satu masa dulu, lebih baik elakkan dari berkahwin dengan penghidap talasemia, saya lebih kuat mengatakan,kalau diizinkan tuhan saya mahu jadi isteri dia sampai hembusan nafas saya yang terakhir. mungkin orang cakap saya tidak matang, tapi saya lebih tahu hati dan perasaan saya berbanding orang lain. pedulikan sahaja cakap-cakap orang sekeliling. selagi tidak terkena batang hidung masing-masing selagi tu mereka tidak akan diam.

mak saya memberi sokongan untuk saya bersama cik abang saya. so, kesimpulannya saya tetap bersama cik abang saya dan sayangkan dia sedalam dalamnya. kebaikan dan keburukan dia adalah baja cinta saya buat dia. ikhlas.

5 comments:

Syafiqah Nafis said...

dayu..i'm shocked.terkedu...
speechless..
aku bangga ada kwn mcm mu dayu.
(tears dropped)

ayyu said...

hihi..tenkiu2. bese je iqa. bila kita dah sayang,semua tu tak akan jadi halangan.

s.a.r.a.h. said...

tabahkan ati yea dayu..
ak sentiase doa kawan2 ak bahagie :D

~tYa~ said...

be strong dear
Oh My.. i'm crying..

ayyu said...

mai and tya : thanks my dear frens. i love u all. =]