Tuesday, December 14, 2010

my 25 konfesyen (serius lupa cmna nak eja)

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you." tagged by:http://maibolesarahponbole.blogspot.com


ini tag mai yg kasik.sebagai bukti sila godek shoutbox saya. so,tiada entry bergambar kali ini. sila godek diri saya( sounds lucah..lantak lah)..ahak.. cekidout beybeh..!!

25 perkara tentang saya.
masa kecik
1- nama penuh saya nor idayu binti mohd. menurut mak saya masa mula-mula lahir ,mak nak kasik nama Nur Jannah.tp arwah ayah melarang keras sebab takot budak-budak kecik panggil saya jahanam. haha. dah memang takdir nama saya idayu kot. tu pon sepupu saya bagi nama nih. mebi mak saya give up. haha.saya terfikir jugak,kalau nama saya jannah apa nama samaran,glemer,manja saya. anna,jannah,jenny(sedikit mustahil),june,janne,jejanz..ahh..lantak lah.

2- pasal nama lagi..haha.kawan-kawan sekolah saya panggil nama dayu.mak,orang kampung,family,boyfren panggil nama saya ayu.masa sekolah saya melarang keras orang panggil nama ayu.macam tidak sesuai dengan diri saya.orang putih cakap tidak sinkronize(sumpah lupa cmne nak eja) dengan peragai tidak semenggah saya. dulu masa kecik-kecik boleh dikatakan kawan-kawan sepermainan saya semua lelaki.dah baligh,mak warning awal-awal,jangan sentuh lelaki,nanti mengandung.hahahahaaha..masa tu dah kurang aktiviti main kat padang.

3- permainan yang paling digemari masa kecik-kecik ialah bola dalam(bola beracun), bola katok(rounders), bola selipar, gelap ceroh(galah panjang),ta nusuk(sembunyi2),ta kejor(kejar2) dan bakar kemuncup kering kat padang. memandangkan kawan-kawan saya semua lelaki masa tuh,saya memang agak selekeh time kecik. memang tiada satu skirt atau gaun pon dalam wardrobe masa kecik.ececeh.ayat nak global.

4- selain bermain dengan kawan-kawan saya sangat rapat dengan sepupu sebaya saya masa kecik.kebetulan semuanya lelaki.bertambah lah saya punya kekasaran. kami pun bermain permainan di sebutkan di atas. tapi part paling best ialah time mak saya ubah suai susunan rumah kami,saya dengan pantas menelifon peja dan zakwan(sepupu saya).masa tu rumah saya pakai telifon dial-up telekom.jangan fitnah saya pakai blackberry.tujuan,kami ade port baru untuk menyorok ketika main permainan ta nusuk.haha. gigih betol.

5- faktanya,walaupun kawan-kawan dan permainan saya memang boleh tahan lasak,hakikatnya saya paling lembab arena sukan sekolah.dari darjah satu sampai sekolah menengah tidak pernah wakil sekolah dalam apajua pertandingan sukan. akhirnya end-up dengan pertandingan nasyid sampai peringkat daerah. kira feminin la jugak saya time sekolah rendah.haha..

masa besar sikit.sekolah menengah lah.jangan fikir pasal lemak.karate nak?

6- saya bersekolah dekat mrsm ytd. sekolah asrama penuh yang jarak tak sampai 20 minit naik keta. sekolah nih paling best.sebab kedudukan sekolah ni mengadap pantai,kawan-kawan yang best,cikgu yang best dan peraturan kat sini boleh bawak handfone.gila best. satu je tak best.SENIOR. stop.
7- mrsm kuala krai. kami terpaksa berpindah setelah setahun bersekolah dekat ytd. akibat politik kami yang kena. kebaikan sekolah kt sini. dapat jumpa nazrin. haha. saya je minat kat dia.dia maybe tidak kenal saya.saya bukan glemer tuh.

8- mrsm kuantan. ambil spm kat sini.saya jadi macam haram.asyik fly.stop.tiada yang menarik.

9- masuk jugak lah zaman kolej.masuk klmu. tak best jugak. ala.cerita pasal pelajaran memang tak best.hahaha

10- pada tahun 2007,saya mula berhijrah ke k.l.memang batak. toksah cakap lah. tengok klcc woo. pergi tasik titiwangsa. dan penah kena kejar dengan mat rempit. nasib baik tiada kena apa-apa. kalau tak maybe mayat aku bersemadi dalam tasik titiwangsa.jadi jajan naga tasik barangkali.

sekarang.masih besar.

11- sekarang semua kawan-kawan panggil nama ayu.kawan sekolah masih kekal panggil nama dayu. korang special okay. haha

12- saya seorang penakut ketika di kampung saya.kenapa dikampung bukan di tempat lain. sebab abang,adik,kakak suka momokkan saya dengan cerita hantu dekat kawasan rumah saya. sampai sekarang saya kena mandi berteman. even,nak pergi amik nasik kat dapur pun kena berteman. kelas nyah.!

13- saya ada seorang boyfren. haha. dia orang besut. keja kilang je. sekarang berada di nilai.saya menaip entry ini ketika bermesej dengan beliau. dia cakap dia sedang menonton tv cerita "kau dan aku".gilak. saya pun tak layan cerita tersebut. haha.rindu.(sila pengsan)

14- bulan ini genap 7 tahun pemergian ayah saya. kehilangan yang sangat besar dalam hidup saya.

15- hakikatnya saya benci bulan disember walaupun hari lahir saya 7/12,sebab bulan ini bulan arwah ayah saya meninggal. dan setiap kali datang bulan disember saya rasa saya akan kehilangan orang yang saya sayang. paranoid beb.

16- buat masa sekarang saya sangat inginkan ipod touch 4g.sangat-sangat nak. memang boleh gilak kalau fikirkan beliau yang kesejukan dalam kedai Machine KLCC.

17- kalau saya terjumpa jin aladin saya nak mintak 1 je. hidupkan ayah saya kembali.tapi ini mustahil.

18- seorang yang tidak mempunyai lesen kereta dan motor. motor reti bawak tapi tak ambik lesen lagi. kereta memang saya tak reti bawak. masa kecik kasar sangat,tak tau kenapa masa besar boleh jadi lemah gemalai pulak. haha. jangan nafikannya kawan-kawan..hahahahaha

19- walaupun tiada lesen kereta tetapi tetap mempunyai kereta idaman. paling suka suzuki swift. dan paling koman nak celica.hahaha. tapi kalau dah keluar lesen baham viva takpon myvi sudah.

20- saya seorang penakut pada ubat. seboleh-bolehnya ubat adalah benda terakhir saya makan kalau saya sakit.saya akan mencuba petua-petua yang kuno dahulu. gigih tuh. sebabnya,dari kecik sampai besar saya benci ubat bijik-bijik.susah nak telan. cik abang saya pun jengkel dengan perangai saya ni.bukan buat-buat manja. kalu tak percaya, tanya mak saya,anak mana yang merayu-rayu pada doctor,nak ubat demam jenis air pada umur 13 tahun. first time makan panadol pun masa form 5. pendek kata,benci lah!

21- saya suka pedas. bagi saya makanan yang tidak pedas itu takde kelas. ecewah..ayat bajet pelanggan setia kedai makan chillies. padahal haram tak penah masuk. saya nak tahu,makanan kt chillies pedas tak..?

22- saya seorang yang susah nak marah. kalau saya sangat marah,dari mulut yang sangat becok boleh jadi pendiam yang amat. itu sahaja cara saya marah.

23- peminat fotografi. masih amatur.tidak boleh komen banyak-banyak.haha

24- target hidup saya sekarang, carik duit. tu je.

25- zaman paling indah dalam hidup saya ialah zaman kanak-kanak saya. sebab masa tu,ayah saya masih ada. masa itu terlalu indah.sangat-sangat.


sapa rasa2 nak buat,buat lah.hehe

2 comments:

s.a.r.a.h. said...

dayu2 cari duit tue ingt2 la kami dsini yea..miahahahaha :p

ayyu said...

ingat sangat!! (mule sorokkan duit dalam tanah)