Wednesday, December 22, 2010

saya seorang penakut.mempunyai imaginasi yang terlampau tinggi hingga menyusahkan orang.

amaran keras: ENTRY INI TIDAK MEMPUNYAI GAMBAR.KERAJINAN MEMBACA DIPERLUKAN.TIADA SEGMEN REHAT MATA.


hye.berjumpa lagi. saya seorang penakut. cepat takut. paranoid. fobia. semua kaum kerabat takut memang sebati dalam diri saya sejak kecik. ketakutan saya terbahagi kepada banyak kategori. serius. ini bukan rekaan. haha..

takut mesin.
apa sahaja barang elekronik yang bunyi bising saya takut. contoh mesin basuh. serius saya takut pakai mesin basuh. especially mesin basuh separuh automatik. time campak kain nak membasuh tu,saya takde hal. setakat campak kain,letak air dan sabun terus pulas. tetapi part yang saya paling takut time keringkan air/spin baju guna manually. nih saat paling saya tak suka dan takut. setiap kali saya campak baju dalam bahagian spin,kaki saya dah stand by nak lari. dapat pulas je,saya terus lari laju-laju ke ruang tamu rumah. serius. mak selalu marah perangai saya yang tidak betul nih. nak tahu kenapa saya takut. sebab bunyi time baju kene spin tu sangat mengerikan. saya takut mesin tuh meletup kene muka saya. memang gedik kan. tapi nak buat macam mana.saya dah sejak azali takut mesin basuh. satu lagi blender. seumur hidup saya,saya tidak pernah pakai blender. kalau nak masak pakai lesung batu. tak kisah la lenguh tangan pun. asalkan blender tak meletup kene saya. hahahaha. satu lagi,masa kecik-kecik saya paling takut mesin fogging tu. bunyinya super bising. masa kecik-kecik kalau ada orang nak fogging kawasan kampung saya, saya terus rembat basikal n chow dari kampung saya. nak tahu apa yang saya bayang masa tu? saya terbayang orang tukang sembur ubat nyamuk tuh akan cucuk bontot saya dengan muncung mesin fogging tu sampai meletup. serius,saya pun tak tahu macam mana boleh terbayang macam tu.ia datang secara spontan. tapi sekarang saya dah tak takut mesin fogging tu. mesin basuh dan blender masih takut.hehe

hantu dekat kampung saya
yang nih memang saya takut jugak.saya selalu kena momok dengan abang sulung saya. abang saya tahu saya ni penakut tahap gaban,jadi saya jadik bahan la.apa lagi. kalau saya balik kampung,beliau tersengih-sengih. saya tahu beliau sedang merancang sesuatu untuk perdajal saya. biasa saya kalau tengah mandi ,dia baling bawang yang mak saya pakai untuk masak ke dalam bilik mandi. mula la saya menjerit ingat hantu baling. mak saya selalu marah-marah abang saya. sebab membazir bawang dia.ye lah,takkan nak ambil balik bawang kt dalam bilik air.banyak kuman tu. lepas tu,pada suatu malam yang hening, saya tengah basuh pinggan kat dapur. dekat sinki tu ada tingkap. abang saya sanggup keluar rumah,pergi belakang dapur,bungkus kepala dengan tuala putih dan bukak tingkap depan sinki dengan tiba-tiba. serius macam pocong. bila saya menjerit sakan,dia gelak guling-guling. jahat. abang sulung saya berumur 35 tahun pada 2011 ni dan ada seorang anak. saya tidak tahu kenapa dia tidak matang langsung. menyampah! tetapi kan, saya betul-betul pernah dengar perempuan menangis merintih pada pukul 2-3pagi betul-betul belakang dinding bilik saya kat kampung.kuat pulak tu. akibat saya penakut, nak ke dapur mesti berteman walaupun siang hari. betul-betul menyusahkan orang. haha

anjing
saya pernah kene kejar dengan anjing masa duduk dekat sentul timur. gila. ramai gila tau dok kejar saya dan huda. akibatnya,saya menangis dan badan terketar-ketar cam orang demam kura-kura. start je hari tu,saya sangat takut anjing. even ada dalam kereta yang cermin bertutup,saya tetap rasa anjing tu nak gigit saya. mood saya boleh berubah jadi moody dan cepat marah jika terserempak anjing dekat tepi jalan. saya akan jalan laju-laju tak pun cari jalan alternative yang takda anjing. tak kisah jauh asalkan dapat lari dari anjing. haha..

kesimpulan: saya memang penakut. hehe..

2 comments:

cikpuanNaiz said...

hehe.ab pom penakut gak.

ayyu said...

welcome to da club..haha