Thursday, December 30, 2010

kalau dia sakit,saya rasa sangat sakit.

gambar ini ditangkap kat p.d. cik abang teman saya tunggu matahari terbenam kat sana.
masa nih cik abang berisi sikit.

esok tahun baru, erm. rasa tak happy sangat. cuma rasa best hari ni cuti. semalam masa seronok-seronok sebab dapat tahu hari ini cuti, cik abang saya ada hantar sms.

'saya bukan pembawa,tapi memang ada talasemia'

meremang bulu roma. lelaki paling saya sayang selain arwah ayah, menghidap penyakit itu. memang ini ujian untuk saya. masa saya telefon dia,dia macam okey je. sama macam manusia sihat yang lain. entah,apa yang ada dalam hati dia saya tak tahu. masa saya dapat berita tu,dia baru balik dari kpj seremban. bila doktor pakar yang sahkan dia ada penyakit tu, macam mana saya nak nafikan semua tu adalah rekaan semata-mata.

bila balik je kerja,saya terus google pasal sakit talasemia. menurut wikipedia,penyakit talasemia ini adalah penyakit keturunan,di mana penghidap mempunyai kecacatan gen dalam sel darah merah. paras hemoglobin dalam sel darah rendah. talasemia ada 3 jenis. talasemia minor,major dan intermedia. menurut kefahaman saya, talasemia minor adalah pembawa sahaja. kalau talasemia major yang mempunyai baka talasemia yang sepenuhnya dan talasemia intermedia adalah gabungan keduanya. saya tidak tahu cik abang saya jatuh dalam kategori apa. dia pun tak tanya doktor.
cik abang saya memang pucat. baru-baru ini masa saya teman dia makan prosperity burger kt mcd, dia ada cakap berat dia turun. dari 56kg ke 52kg. sedangkan dia makan sangat banyak. rasa nak menagis masa tu jugak tapi saya tahan. sedih sangat tau.bagi orang lain memang benda tu perkara kecik, tapi bagi saya tak. saya tak endah kesihatan diri saya,tapi untuk orang yang saya sayang,saya betul-betul ambil serius. waima demam sahaja. saya betul-betul ambil berat pasal dia.

saya pernah kehilangan orang yang saya sayang.arwah ayah saya. perasaan itu sangat pahit dan tak mampu untuk ditelan dengan mudah. ia memakan masa yang saaaaannnnnngggggaaaatttt panjang. jadi untuk menerima kehilangan yang lain untuk waktu yang terdekat adalah sangat mustahil untuk saya. saya tidak kuat untuk itu. bila saya tahu mak saya sakit, tiada siapa yang tahu saya menangis rasa nak balik kampung. bila adik saya sakit dekat bahagian kaki dia, tiada siapa yang tahu saya menangis di dalam selimut. kenapa adik saya yang kena tanggung kecacatan kaki dia.kenapa bukan saya. kenapa bukan orang jahat yang lain. saya selalu tertanya-tanya. sebab itu saya sayang selimut dan bantal peluk saya. mereka berdua sangat setia menjadi tempat untuk menadah air mata saya.

apa yang saya buat sekarang ialah untuk lebih setia, beri sokongan dekat dia dan menyayangi dia lebih dari yang dia dapat rasa. untuk tinggalkan dia, perkataan itu sudah lama saya gunting dan bakar dari kamus hidup saya. perasaan saya lebih kuat dan tidak keterlaluan jika saya cakap saya sayang dia lebih dari diri saya. walaupun doktor cakap pada saya pada satu masa dulu, lebih baik elakkan dari berkahwin dengan penghidap talasemia, saya lebih kuat mengatakan,kalau diizinkan tuhan saya mahu jadi isteri dia sampai hembusan nafas saya yang terakhir. mungkin orang cakap saya tidak matang, tapi saya lebih tahu hati dan perasaan saya berbanding orang lain. pedulikan sahaja cakap-cakap orang sekeliling. selagi tidak terkena batang hidung masing-masing selagi tu mereka tidak akan diam.

mak saya memberi sokongan untuk saya bersama cik abang saya. so, kesimpulannya saya tetap bersama cik abang saya dan sayangkan dia sedalam dalamnya. kebaikan dan keburukan dia adalah baja cinta saya buat dia. ikhlas.

Wednesday, December 22, 2010

saya seorang penakut.mempunyai imaginasi yang terlampau tinggi hingga menyusahkan orang.

amaran keras: ENTRY INI TIDAK MEMPUNYAI GAMBAR.KERAJINAN MEMBACA DIPERLUKAN.TIADA SEGMEN REHAT MATA.


hye.berjumpa lagi. saya seorang penakut. cepat takut. paranoid. fobia. semua kaum kerabat takut memang sebati dalam diri saya sejak kecik. ketakutan saya terbahagi kepada banyak kategori. serius. ini bukan rekaan. haha..

takut mesin.
apa sahaja barang elekronik yang bunyi bising saya takut. contoh mesin basuh. serius saya takut pakai mesin basuh. especially mesin basuh separuh automatik. time campak kain nak membasuh tu,saya takde hal. setakat campak kain,letak air dan sabun terus pulas. tetapi part yang saya paling takut time keringkan air/spin baju guna manually. nih saat paling saya tak suka dan takut. setiap kali saya campak baju dalam bahagian spin,kaki saya dah stand by nak lari. dapat pulas je,saya terus lari laju-laju ke ruang tamu rumah. serius. mak selalu marah perangai saya yang tidak betul nih. nak tahu kenapa saya takut. sebab bunyi time baju kene spin tu sangat mengerikan. saya takut mesin tuh meletup kene muka saya. memang gedik kan. tapi nak buat macam mana.saya dah sejak azali takut mesin basuh. satu lagi blender. seumur hidup saya,saya tidak pernah pakai blender. kalau nak masak pakai lesung batu. tak kisah la lenguh tangan pun. asalkan blender tak meletup kene saya. hahahaha. satu lagi,masa kecik-kecik saya paling takut mesin fogging tu. bunyinya super bising. masa kecik-kecik kalau ada orang nak fogging kawasan kampung saya, saya terus rembat basikal n chow dari kampung saya. nak tahu apa yang saya bayang masa tu? saya terbayang orang tukang sembur ubat nyamuk tuh akan cucuk bontot saya dengan muncung mesin fogging tu sampai meletup. serius,saya pun tak tahu macam mana boleh terbayang macam tu.ia datang secara spontan. tapi sekarang saya dah tak takut mesin fogging tu. mesin basuh dan blender masih takut.hehe

hantu dekat kampung saya
yang nih memang saya takut jugak.saya selalu kena momok dengan abang sulung saya. abang saya tahu saya ni penakut tahap gaban,jadi saya jadik bahan la.apa lagi. kalau saya balik kampung,beliau tersengih-sengih. saya tahu beliau sedang merancang sesuatu untuk perdajal saya. biasa saya kalau tengah mandi ,dia baling bawang yang mak saya pakai untuk masak ke dalam bilik mandi. mula la saya menjerit ingat hantu baling. mak saya selalu marah-marah abang saya. sebab membazir bawang dia.ye lah,takkan nak ambil balik bawang kt dalam bilik air.banyak kuman tu. lepas tu,pada suatu malam yang hening, saya tengah basuh pinggan kat dapur. dekat sinki tu ada tingkap. abang saya sanggup keluar rumah,pergi belakang dapur,bungkus kepala dengan tuala putih dan bukak tingkap depan sinki dengan tiba-tiba. serius macam pocong. bila saya menjerit sakan,dia gelak guling-guling. jahat. abang sulung saya berumur 35 tahun pada 2011 ni dan ada seorang anak. saya tidak tahu kenapa dia tidak matang langsung. menyampah! tetapi kan, saya betul-betul pernah dengar perempuan menangis merintih pada pukul 2-3pagi betul-betul belakang dinding bilik saya kat kampung.kuat pulak tu. akibat saya penakut, nak ke dapur mesti berteman walaupun siang hari. betul-betul menyusahkan orang. haha

anjing
saya pernah kene kejar dengan anjing masa duduk dekat sentul timur. gila. ramai gila tau dok kejar saya dan huda. akibatnya,saya menangis dan badan terketar-ketar cam orang demam kura-kura. start je hari tu,saya sangat takut anjing. even ada dalam kereta yang cermin bertutup,saya tetap rasa anjing tu nak gigit saya. mood saya boleh berubah jadi moody dan cepat marah jika terserempak anjing dekat tepi jalan. saya akan jalan laju-laju tak pun cari jalan alternative yang takda anjing. tak kisah jauh asalkan dapat lari dari anjing. haha..

kesimpulan: saya memang penakut. hehe..

best eh dapat mengaibkan orang?

asik letak gambar orang lain je. tuan blog nak enter frame jugak.haha


hye rakan-rakan yang tersayang. ok,sedikit gedik. dah lama tak letak gambar sendiri dekat blog. okey kalau anda rasa tidak comel,feel free to close this picture with your own hand. make sure using the right one aaaa!!! haha.. hari ini saya nak membincangkan tentang topik mengaibkan orang yang tidak dikenali atau orang yang kita kenal di blog.

mungkin ada sesetengah orang ada mengangap saya suka mencari kesalahan orang di blog. pastu asyik puji diri sendiri baik.macam bagus je.haha..saya ingin tegaskan di sini bahawa saya cuma ingin mengeluarkan pendapat peribadi saya sahaja. kepada yang tidak setuju boleh bagi sebab dekat komen box ek. saya pun hendak tahu pendapat orang lain jugak. yelah,manusia kan berbeza-beza. kalau sama tak best la kan.?

erm.. back to topic. kenapa sesetengah orang suka menyebarkan aib orang lain? kes ini lebih spesific kepada sesetengah blogger. sesetengah je okay. saya tahu kawan-kawan saya tidak berperangai macam ni.haha. bodek kuat. saya agak sentap la kalau buka sesuatu blog pastu ada entry gambar orang yang buat dosa,tidak senonoh atau apa-apa je lah yang tidak baik, lepas tuh letak tajuk yang menarik perhatian. contoh " budak sekolah bertudung merokok"..contoh je okay. idea spontan nih. haha.. sambung balik. entry itu lengkap dengan attachment gambar lagi. lepas tu cuma mosaickan mata pelaku tersebut. alasan menyebarkan gambar tersebut hanya sekadar pengajaran. alasan yang langsung tidak dapat di terima!

kenapa saya kata alasan untuk sekadar pengajaran tidak boleh di terima. at the first place,si pelaku tadi memang bersalah sebab pergi upload gambar-gambar sebegitu di facebook atau mana-mana social networking. tetapi, kenapa si penyebar atau peng'copy' gambar tersebut tidak tegur terus kepada si pelaku?kemungkinan besar si peng'copy' adalah frenlist pelaku tersebut.kalau tak macam mana anda dapat gambar eksklusif tersebut kan?dah alang-alang ada network,tegur la dulu pelaku tersebut.saya sedikit heran. same goes to unprofessional paparazzi out there. they simply take the picture and sent it to famous bloggers. and then bloggers publish it on their entry. haha. good job!

berbalik kepada alasan pengajaran tadi, sebenarnya banyak lagi pengajaran yang boleh di buat sebenarnya. contoh kisah nabi ke sahabat nabi ke.banyak tu pengajaran. kalau anda publish dekat blog gambar yang mengaibkan, sebenarnya langsung tidak ada pengajaran. kalau ada hanya sedikit. lebih banyak keburukan dari kebaikan. sebab readers lebih kepada membuat andaian sendiri yang telah jatuh hukum fitnah, mengutuk, menghina, mencaci dan saya paling pantang,ada komen mak bapak tak ajar. ada jugak terus cakap orang kapir. haha.. berair mata saya sebab tergelak-gelak dengan komen-komen yang tidak masuk akal sebegini. tengok? apa dah jadi. pengajaran yang anda dapat atau warning letter dari boss sebab kantoi mengular time kerja?

saya jugak ingin menyelami hati seorang penyebar atau peng'copy'. saya patut bagi nama untuk menyenangkan diri saya menaip. penyebar+peng'copy'=barpy. apa si 'barpy' ini dapat eh? kepuasan? kalau betol dia dapat kepuasan,saya ingin mencuba. sebab saya selalu bosan dalam hidup. ke dia dapat glemer? tapi saya tidak pernah jumpa pulak si barpy yang famous gila-gila. agak musykil di sini.

yang saya tahu blogger famous gila-gila,contoh, hanis zalikha & fatin liyana tidak pulak pernah menyebarkan aib orang dekat blog dia. blog dorang pun famous jugak. ermm.. entah lah. blog memang tempat kita meluahkan perasaan, pendapat, kehidupan diri sendiri atau tempat menyebarkan maklumat. sekiranya anda tidak berpuas hati atau marah dengan seseorang tak payah la mention nama orang tersebut. sebab, cuba anda duduk di tempat orang tersebut? adakah anda suka nama dan gambar anda di jaja pastu orang sediakan comment box untuk mengadili anda sewenang-wenangnya tanpa mendengar penjelasan anda terlebih dahulu?
kalau anda tidak suka, sudah tentu si mangsa mempunyai perasaan yang sama.

dah.penat bahu menaip panjang-panjang.


p/s: kalau anda perasan,saya ada tulis ayat-ayat dalam bahasa english sikit-sikit. saya tengah training untuk tajamkan skill english. sebab tempat kerja baru sekarang dorang asik speaking london je.rasa ketinggalan jauh sangat.so kalau ada error, sound tepek terus.haha.

Tuesday, December 21, 2010

kena tag dengan mai..

1. benda yang paling penting dalam hidup?
-duit. ya,saya maita duitan.

2. benda yang terakhir yang dibeli guna duit korang?
-tiket lrt yang berharga rm20


3. Dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan temanya?
-dekat kampung alur tembesu dungun terengganu. tema minimalis mafia. haha

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang nie?
-ya,saya sedang bercinta. dia seorang sahaja yang saya suka.

5. berape lame korang akan mencintai kekasih korang?
- selama dia cintakan saya dan selama tuhan izinkan saya cintakan dia.


6. Dimanakah korang salu jumpa kekasih korang?
- dalam mimpi. kami dok berjauhan.


7. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
- majalah cosmopolitan.


8. Antara mak dan ayah,mana korang lebih mesra?
- mak,sebab ayah dah lama takde. kalau ayah masih ada rasanya dengan ayah kot.


9. Namakan orang yang betol-betol kamo nak jumpe dalam hidup korang?
- arwah ayah.


10. Adakah korang basuh sendiri baju korang?
-saya sendiri basuh. (sambil pack baju dalam beg untuk di eksport ke sunway)


11. Dimanakah tempat yang betol-betol korang nak pergi?
-tempat di mana arwah ayah saya ada. mustahil.


12. Pilih salah satu,peluk atau cium?
-peluk.


13. beritahu 3 benda orang yang tag kamo?
- beliau lahir 2 hari lagi awal dari saya. tak sabar betul.tak tunggu pun saya.haha
- rakan sekampung saya. rumah sedara beliau sebelah umah saya sahaja.
- kami bersekolah rendah & menengah yang sama.
extra: sekarang dia dah kurus.(T_T) jeles..waaa


14. 5 benda yang paling kamo sayang?
- handfone
-my d60.
-my flashgun.
-my dvd player.sebenarnya,cik abang saya bagi pinjam dvd player nih.paling best player nih boleh dengar radio jugak. memang best.
- anak patung spongebob dengan selimut kepam.


15. lagu yang paling anda suke dan salu dengar?
- she's gone by steelheart.


16. bila tarikh lahir dan di mana korang sambut tahun lepas?
- 7hb disember 1989,sambut sorang2 dalam bilik. tahun nih best.atas bukit broga.hahaha


17. 5 rakan blogger yang anda nak tag
-sapa-sapa nak buat dipersilakan.hihi


terima kasih mai!


Sunday, December 19, 2010

bilalah saya nak matang..

hye..hehe.. hari ini saya nak cerita pasal kartun yang saya suka.saya nih memang sukakan kartun. tapi bukan lawan-lawan punya kartun. tapi yang kelakar. saya memang suka benda-benda kelakar. kalau nak pegi tengok wayang pun saya prefer cerita lawak. abaikan pasal wayang. saya nak cerita all time faveret kartun saya.hahaha..


spongebob squarepants. saya rasa semua kawan rapat saya tahu kot yang saya memang peminat fanatik spongebob.malangnya saya takde channel nicklodeon. senang cakap takde astro..sedih..sedih.. dulu time kerja balik pukul 4.30 petang,serius saya berlari-lari balik rumah nak tengok tv9. lantak lah ulang 80 kali sekalipun saya tak bosan.saya hafal semua watak. spongebob,patrick,squipward,sandy, encik crab/mr crab, plankton @sheldon, larry si lobster, pearl anak encik crab, bubbleman, old man jenkins. haha.. dan untuk pengetahuan, encik crab sebenarnya ada anak lelaki. tapi tidak diketahui namanya. sumpah masa saya taip nama-nama mereka,saya tidak pergi google pun. gambar je google.haha. saya cuma tidak suka lanun tu je. saya rasa beliau betol-betol menyemak. pendek kata saya memang minat lah. nak beli astro pun tak boleh.nak simpan duit untuk kahwin. sedih..sedih..


tomato man saya lupa lah jalan cerita macam mana. tapi saya masih ingat jingle cerita nih. bila tomato man nih keluar,akan keluar jingle 'tomatoman..tomatoman',sekali dengan aksi tomato man terjun dari langit.haha..
cerita nih time petang-petang.dalam pukul 4-5 petang macam tuh.saya dah lupa lah sebab cerita nih masa saya kecik sangat-sangat.

saya ada sejarah dengan doraemon nih. dulu masa darjah 6, tahun 2001, cerita kartun doraemon nih tayang pukul 7.30 malam ari ahad. dekat terengganu kan ahad sekolah,pukul 7.30 tu kene pergi sekolah untuk kelas malam bagi pelajar-pelajar ambik UPSR. dan setiap ahad tu la saya sakit dan erti kata buat-buat sakit. demam la, gastrik la,maigrain la,angin kus-kus semua datang la. sebenarnya nak tengok doreamon punye pasal. mak pun dah tahu tektik anak dia. dan sampai sekarang saya masih beli komik doraemon.haha..saya sukaaaa..

usop sontorian pun sama. waktu tayangan pun time maghrib. nak mengaji pun malas sebab nak tengok kartun nih. dekat youtube ade orang download kartun nih. memang nostalgia. pegi la tengok kalau suka.haha. tahu tak mak pernah membebel dekat saya sebab asyik tengok usop nih. nih ayat dia ' ayu nih,sokmo tengok kartun kepala kacang nih' ..hahaha..memang usop bentuk kepala dia macam kacang soya. hahahah


haha..nih satu lagi kartun yang bagi pengaruh dekat saya. sebab kartun anak-anak sidek nih la saya reti main batminton. hahaha..terpengaruh yang sihat. bagus jugak. seperti biasa,kartun nih pon tayang time maghrib. memang trend eh,tengok kartun time maghrib..patot lah liat saya nak solat..eh..eh.salahkan kartun.. kau tuh pemalas.hahahaha


p/s: nasib baik takde upin ipin zaman saya kecik-kecik. kalau tak memang nak kepala botak nak mintak dengan mak kembar. haru jadinya..haha

Saturday, December 18, 2010

bercakap tentang dosa.

ini kt port dickson.gamba nih di amik awal tahun 2009 kalo tak silap.
one of my favorite picca.
ok,sedikit perasan.hikhik..


hehe..tak tahu macam mana saya nak mulakan. bab-bab nak mulakan satu karangan memang saya fail. sekarang saya ingin bersembang tentang dosa. selalu tak anda dengar ayat- ayat macam ni.

'matlamat tidak menghalalkan cara'
'selagi Tuhan menutup aib seseorang,kita tidak berhak menyebarkannya'
'jangan buka pekung di dada'
'yang berdosa tetap berdosa,tidak kira apa jua keadaannya'

manusia selalu buat silap. tidak kira besar atau kecil. dan,kita sebagai manusia,kita tidak berhak mengukur banyak mana dosa seseorang. sedangkan dosa sendiri pun kita tidak tahu sebanyak mana.

saya terpanggil nak menulis ni pun sebab isu gay yang telah melanda atmosfera internet di malaysia. seorang lelaki melayu islam telah membuat video,mengaku beliau seorang gay dan inginkan hak samarata dengan orang straight.lebih kurang macam tu la ceritanya. dan telah berlaku perbahasan tentang kes ni di antara para blogger. ada orang setuju dan sudah pasti ramai tidak setuju. saya ingin tegaskan kepada gay tersebut, yang berdosa tetap berdosa la awak. kalau awak nak jadi gay sekalipun,tidak payah nak bagi satu malaysia tahu. kalau awak tak malu tak apa, tapi mak ayah awak dekat kampung macam mana? kesian dekat dorang la awak. kalau awak tanak jadi anak penipu sekalipun,mengaku depan mereka sahaja. sekurang-kurangnya mereka tidak menanggung aib awak bila ingin berdepan orang ramai. entah lah,umur dah matang,tapi saya tak tahu apa yang dia pikir.

saya seorang tidak bertudung. dan ada orang penah tegur saya pasal saya tidak bertudung. tetapi saya tidak marah dia tegur saya. siapa kawan-kawan yang add saya dekat facebook tahu kot pasal kes ini. saya hanya berfikiran positif. buat apa saya nak marah-marah orang tegur saya tidak bertudung. memang tanggungjawap dia tegur sesama islam. sebab saya tahu kalau saya mengeluarkan hujah saya macam manapun saya tidak akan menang. sebab memang dah termaktub ianya berdosa. jangan lah mengeluarkan alasan yang seperti 'ini hak saya', 'orang yang pakai tudung pun lagi jahat', atau paling tidak berakal 'kubur lain-lain'.

saya pun banyak lakukan dosa-dosa besar.sekali-sekala memang terfikir nak berubah. tetapi setiap kali ingin berubah sekejap saja. memang saya ni jenis hangat-hangat taik ayam punye manusia. bila Tuhan turunkan kesusahan kat saya time tuh la nak berubah. bila problem dah setel buat balik. dan kebanyakan orang pun berperangai sama. salahkan syaitan? sebenarnya musuh utama adalah diri kita. syaitan hanya menggoda.diri kita yang pilih jalan mana kita nak tuju. dosa besar apa yang saya lakukan? tidak perlu saya mention kat sini. berbangga dengan kejahatan yang saya lakukan. dulu saya pernah buat begitu dan saya memang super bodoh masa tu. dan sekarang pun bodoh.haha..

tetapi kenapa ada orang marah betul bila orang tegur dia buat dosa. dah memang terang-terang kita buat dosa. kalau orang tegur dengan cara baik,jangan maki balik orang tu. kalau tidak mahu ikut nasihat sekalipun, senyum je la takpun diam. jangan marah,lebih baik ucap terima kasih atas nasihat. ada jugak orang yang suka tegur dengan cara maki. saya tidak suka lah cara macam ni. sebab kan, lagi susah nak serap nasihat bila tegur dengan cara kasar. betul tau.ini fakta bukan auta beb.

dan kepada orang yang rasa diri kurang berdosa,jangan terlalu cepat menghukum seseorang. bila awak tengok seseorang melakukan kesalahan yang anda tidak buat, jangan terus membenci. anda boleh bencikan perbuatan buruk itu,tetapi jangan membenci pelakunya. banyak saya tengok dekat blog-blog gossip bila seseorang artis tu buat salah je,maki kaw-kaw. ada tuh siap main mak bapak. lepas keluar perkataan sial,pukimak,sundal pastu pandai pulak cakap "Allah akan laknat kau". ades,time maki tak ingat tuhan pulak. sama je dosa. dulu saya tidak percaya orang boleh berubah. kalu dah jahat tu,jahat la selamanya. entah,sekarang nih pendapat saya tak relavan lagi. sebab dulu wardina super sexy,tengok sekarang. gile cun pakai tudung. hahaha... kalau tuhan buka hati seseorang tuh,maybe dia boleh berubah jadi lebih baik dari orang dok kutuk-kutuk dahulu. mana tahu kan?

hurm..cerita pasal berubah,entah bila giliran saya. hehe. saya rasa saya tak cool kalau jadi budak baik. nanti dalam kubur baru kau tahu ayu ooiii. kubur kau tak cool tau. hampeh punye diri sendiri!!

p/s: pada kawan-kawan tolong campak saya ke dalam laut.











Tuesday, December 14, 2010

my 25 konfesyen (serius lupa cmna nak eja)

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you." tagged by:http://maibolesarahponbole.blogspot.com


ini tag mai yg kasik.sebagai bukti sila godek shoutbox saya. so,tiada entry bergambar kali ini. sila godek diri saya( sounds lucah..lantak lah)..ahak.. cekidout beybeh..!!

25 perkara tentang saya.
masa kecik
1- nama penuh saya nor idayu binti mohd. menurut mak saya masa mula-mula lahir ,mak nak kasik nama Nur Jannah.tp arwah ayah melarang keras sebab takot budak-budak kecik panggil saya jahanam. haha. dah memang takdir nama saya idayu kot. tu pon sepupu saya bagi nama nih. mebi mak saya give up. haha.saya terfikir jugak,kalau nama saya jannah apa nama samaran,glemer,manja saya. anna,jannah,jenny(sedikit mustahil),june,janne,jejanz..ahh..lantak lah.

2- pasal nama lagi..haha.kawan-kawan sekolah saya panggil nama dayu.mak,orang kampung,family,boyfren panggil nama saya ayu.masa sekolah saya melarang keras orang panggil nama ayu.macam tidak sesuai dengan diri saya.orang putih cakap tidak sinkronize(sumpah lupa cmne nak eja) dengan peragai tidak semenggah saya. dulu masa kecik-kecik boleh dikatakan kawan-kawan sepermainan saya semua lelaki.dah baligh,mak warning awal-awal,jangan sentuh lelaki,nanti mengandung.hahahahaaha..masa tu dah kurang aktiviti main kat padang.

3- permainan yang paling digemari masa kecik-kecik ialah bola dalam(bola beracun), bola katok(rounders), bola selipar, gelap ceroh(galah panjang),ta nusuk(sembunyi2),ta kejor(kejar2) dan bakar kemuncup kering kat padang. memandangkan kawan-kawan saya semua lelaki masa tuh,saya memang agak selekeh time kecik. memang tiada satu skirt atau gaun pon dalam wardrobe masa kecik.ececeh.ayat nak global.

4- selain bermain dengan kawan-kawan saya sangat rapat dengan sepupu sebaya saya masa kecik.kebetulan semuanya lelaki.bertambah lah saya punya kekasaran. kami pun bermain permainan di sebutkan di atas. tapi part paling best ialah time mak saya ubah suai susunan rumah kami,saya dengan pantas menelifon peja dan zakwan(sepupu saya).masa tu rumah saya pakai telifon dial-up telekom.jangan fitnah saya pakai blackberry.tujuan,kami ade port baru untuk menyorok ketika main permainan ta nusuk.haha. gigih betol.

5- faktanya,walaupun kawan-kawan dan permainan saya memang boleh tahan lasak,hakikatnya saya paling lembab arena sukan sekolah.dari darjah satu sampai sekolah menengah tidak pernah wakil sekolah dalam apajua pertandingan sukan. akhirnya end-up dengan pertandingan nasyid sampai peringkat daerah. kira feminin la jugak saya time sekolah rendah.haha..

masa besar sikit.sekolah menengah lah.jangan fikir pasal lemak.karate nak?

6- saya bersekolah dekat mrsm ytd. sekolah asrama penuh yang jarak tak sampai 20 minit naik keta. sekolah nih paling best.sebab kedudukan sekolah ni mengadap pantai,kawan-kawan yang best,cikgu yang best dan peraturan kat sini boleh bawak handfone.gila best. satu je tak best.SENIOR. stop.
7- mrsm kuala krai. kami terpaksa berpindah setelah setahun bersekolah dekat ytd. akibat politik kami yang kena. kebaikan sekolah kt sini. dapat jumpa nazrin. haha. saya je minat kat dia.dia maybe tidak kenal saya.saya bukan glemer tuh.

8- mrsm kuantan. ambil spm kat sini.saya jadi macam haram.asyik fly.stop.tiada yang menarik.

9- masuk jugak lah zaman kolej.masuk klmu. tak best jugak. ala.cerita pasal pelajaran memang tak best.hahaha

10- pada tahun 2007,saya mula berhijrah ke k.l.memang batak. toksah cakap lah. tengok klcc woo. pergi tasik titiwangsa. dan penah kena kejar dengan mat rempit. nasib baik tiada kena apa-apa. kalau tak maybe mayat aku bersemadi dalam tasik titiwangsa.jadi jajan naga tasik barangkali.

sekarang.masih besar.

11- sekarang semua kawan-kawan panggil nama ayu.kawan sekolah masih kekal panggil nama dayu. korang special okay. haha

12- saya seorang penakut ketika di kampung saya.kenapa dikampung bukan di tempat lain. sebab abang,adik,kakak suka momokkan saya dengan cerita hantu dekat kawasan rumah saya. sampai sekarang saya kena mandi berteman. even,nak pergi amik nasik kat dapur pun kena berteman. kelas nyah.!

13- saya ada seorang boyfren. haha. dia orang besut. keja kilang je. sekarang berada di nilai.saya menaip entry ini ketika bermesej dengan beliau. dia cakap dia sedang menonton tv cerita "kau dan aku".gilak. saya pun tak layan cerita tersebut. haha.rindu.(sila pengsan)

14- bulan ini genap 7 tahun pemergian ayah saya. kehilangan yang sangat besar dalam hidup saya.

15- hakikatnya saya benci bulan disember walaupun hari lahir saya 7/12,sebab bulan ini bulan arwah ayah saya meninggal. dan setiap kali datang bulan disember saya rasa saya akan kehilangan orang yang saya sayang. paranoid beb.

16- buat masa sekarang saya sangat inginkan ipod touch 4g.sangat-sangat nak. memang boleh gilak kalau fikirkan beliau yang kesejukan dalam kedai Machine KLCC.

17- kalau saya terjumpa jin aladin saya nak mintak 1 je. hidupkan ayah saya kembali.tapi ini mustahil.

18- seorang yang tidak mempunyai lesen kereta dan motor. motor reti bawak tapi tak ambik lesen lagi. kereta memang saya tak reti bawak. masa kecik kasar sangat,tak tau kenapa masa besar boleh jadi lemah gemalai pulak. haha. jangan nafikannya kawan-kawan..hahahahaha

19- walaupun tiada lesen kereta tetapi tetap mempunyai kereta idaman. paling suka suzuki swift. dan paling koman nak celica.hahaha. tapi kalau dah keluar lesen baham viva takpon myvi sudah.

20- saya seorang penakut pada ubat. seboleh-bolehnya ubat adalah benda terakhir saya makan kalau saya sakit.saya akan mencuba petua-petua yang kuno dahulu. gigih tuh. sebabnya,dari kecik sampai besar saya benci ubat bijik-bijik.susah nak telan. cik abang saya pun jengkel dengan perangai saya ni.bukan buat-buat manja. kalu tak percaya, tanya mak saya,anak mana yang merayu-rayu pada doctor,nak ubat demam jenis air pada umur 13 tahun. first time makan panadol pun masa form 5. pendek kata,benci lah!

21- saya suka pedas. bagi saya makanan yang tidak pedas itu takde kelas. ecewah..ayat bajet pelanggan setia kedai makan chillies. padahal haram tak penah masuk. saya nak tahu,makanan kt chillies pedas tak..?

22- saya seorang yang susah nak marah. kalau saya sangat marah,dari mulut yang sangat becok boleh jadi pendiam yang amat. itu sahaja cara saya marah.

23- peminat fotografi. masih amatur.tidak boleh komen banyak-banyak.haha

24- target hidup saya sekarang, carik duit. tu je.

25- zaman paling indah dalam hidup saya ialah zaman kanak-kanak saya. sebab masa tu,ayah saya masih ada. masa itu terlalu indah.sangat-sangat.


sapa rasa2 nak buat,buat lah.hehe

Thursday, December 9, 2010

buatan malaysia

ini gambar candid tau.haha
talent: fathiah/tya

hye..! gambar di atas saya ambik dekat bukit broga.kawasan ini dekat semenyih kalau tak silap. bagi yang tidak tahu,syed muzafar ambik gambar pre-wedding dia kat sini lah.okey,ayat tumpang glemer dan riak. background gambar ini macam kat luar negara.serius.sebab saya pernah lihat student malaysia di japan amik gambar background nya sebijik sejibon macam kat bukit broga. tengok! Malaysia pun cantik la. kat sini saya nak cerita pasal buatan malaysia vs buatan luar negara.

menurut kajian dr.fazdilah kamsah(betol ke eja nih!),seseorang human sapiens lahir pada bulan disember adalah seorang yang patriotik. saya agak bersetuju.tapi saya tahap patriotik yang biasa-biasa saja. saya cukup berbulu dengan rakyat malaysia yang malu dengan negaranya sendiri. adessss.. saya terpanggil kat nak tulis kat sini sebab saya gatal mata pegi baca komen-komen pasal kereta buatan malaysia dan kereta buatan luar negara. paling dasyat pergi banding kereta proton wira dengan ferrari. berdarah-darah mata saya baca.nak cakap mereka nih cetek akal,saya sendiri pon belajar tak habis.memang tak sedar diri la saya cakap orang lain cetek akal. entah la,tak tahu saya nak letak orang macam nih apa kategori. kalo sedara blogger obefiend,dia panggil org macam nih AMALAYNICAN.

saya akui saya sendiri suka jenama omputih.saya suka jenama levis(tp tak ada seluar jeans levis),nike,nikon(jepun), dan kereta idaman saya suzuki swift(jepun). kenapa tidak perodua. standard(bahasa omputih gak) la,kalau sebut idaman mesti la yang mahal-mahal.dan benda mahal sinonim dengan barang import. tapi saya nak tegaskan jangan la kutuk-kutuk barangan buatan tempatan. nak kutuk boleh,tapi yang membina.

filem
banyak jugak saya jumpa orang yang geli,malu dan memang kondem habis citer melayu. contoh saya pernah terkejut dengan satu dialog rakan sekelas saya masa di kolej dulu.

saya: best la citer upin upin.aku suke gile.pasni nak tengok lagi!! cumel..cumel..(gedik sikit sbb ade budak ensem)
rakan 1: aku tak tengok lagi.tapi orang cakap best.nak tengok la.
rakan 2: eei..aku tak suka la tengok filem bahasa melayu. rase lain macam.tak sesuai la citer melayu dalam panggung..
saya dan rakan 1:.......

lagu
saya mengaku,saya pergi konsert paramore tapi tak pergi konsert awie dan amy search. mentang-mentang awak peminat artis va va voom,please jangan la kutuk orang dengar lagu jelmol,lagu rock kapak even lagu p.ramlee. okey,ini pengakuan ikhlas,saya pernah kutuk orang suka dengar lagu hindustan.sekarang saya belajar dari kesilapan.sekarang saya sudah diamkan mulut supaya tidak membebel orang dengar lagu hindustan kuat2 tapi mula memakan panadol sebab pening dan tidur. saya baru menyedari,saya perlu menghormati citarasa seseorang,biarkan mereka dengan minat mereka selagi tidak menyusahkan kita. baru nak sedar..umur dah 21 tahun.saya mula meluat dengan perangai sendiri.


kereta
yang nih saya nak tergelak.kebanyakan orang yang kutuk kereta malaysia adalah pengguna proton dan perodua. paling import pun,honda ferio second atau third hand.


sebenarnya saya tak ada masalah dengan peminat barangan,filem,lagu bukan buatan malaysia. kalau mereka tak minat tetapi tidak kutuk,saya memang tak ada masalah.tapi paling saya tak tahan jika mereka kutuk,mempersendakan orang yang minat produk keluaran tempatan. tetapi diri sendiri pemagang passport biru bernama mykad.

saya suka orang yang kutuk,kondem yang membina.ataupun seseorang yang kutuk2 dan mengeluarkan idea yang bernas. okey..sangat bagus untuk pembangunan Malaysia. tapi setakat kutuk2 tapi tak ada action langsung,baik anda diam.


p/s: entry yang agak keras.haha..



Wednesday, December 8, 2010

bercinta,masalah dalam kebahagiaan..

bunga2 kt icity.first time dapat effect bokeh yang ketara..yeay..!!



assalamualaikum...

hehe..saye sebenarnya klo boleh nak elakkan cerita pasal cinta dalam blog. sbb sye bukan seorg yg arif dalam percintaan.tidak bermakna saya benci org bercerita kisah cinta n masalahnya kt blog.itu hak masing2 kan..kan.kalau kawan saya yg sya kenal sye suka gak baca..sbb sya tahu dorg tengah berbahagia dengan pilihan hati masing2. sye pun suka baca kisah cinta suami isteri.bg saya cinta akan suami atau isteri adalah cinta yg sejati..dan cinta abadi kita ialah Allah SWT.. mukadimah yg panjang n out of topic..

tapiiii..


disebabkan baru2 nie,saya telah menjadi bahan rujukan oleh seorang kawan, so saya ingin berkongsi cara saya nak handle masalah boyfren jenis tak romantik atau jenis rilek2(nie bahasa budak2 jaman milennium)..hehe.. ini berdasarkan pengalaman saya nak masuk 5tahun bercinta.. bila saya sediakan tips mcm nih jangan expect hubungan saya dengan cik abg saya sudah tahap berjaya..sbb kami pun masih berusaha untuk mengekalkan hubungan.. lgpun,jodoh di tangan tuhan..saya tidak terlalu mengharap.. okey..saya melencong lagi..tensen lah cmni..asik melencong je. keyword saya ialah:BERFIKIRAN POSITIF


masalah pertama: nak buat macam mana kalau boyfren saya tidak romantik..? langsung tak pernah puji saya, pendiam dan asyik dengan hobi dia saja..?

- ditegaskan kat sini..seorang lelaki yg tidak romantik tidak semestinya tidak sayangkan kita. menurut majalah yg pernah saya baca,seorang lelaki tidak pandai nak express feeling dekat perempuan yg dia sayang. bg saya,bagus jugak lelaki tidak bermulut manis dan romantik nih. susah sikit dia nak pasang baru..hahahahaha..
and pasal hobi,biar la..selagi tidak memudaratkan izinkan dia lakukan hobi dia. sebab dia bukan milik kita sepenuhnya. kita tidak boleh terlalu mengawal lelaki nih..sbb saya pernah kena warning dengan boyfren saya masa mula bercinta dulu2..JGN PAKSA LELAKI..sbb kaum dorg tidak suka dipaksa..seperti kita jugak..


kedua: masa mula-mula bercinta selalu telefon,selalu mesej..sekarang macam dah jarang..dia ada pompuan lain ke..?

- satu perangai lelaki yang saya menyampah. sebelum jadik awek,bukan main lagi.hari2 mesej,hari2 telefon.tp bila dah dapat..sekali sehari telefon pun susah. sepupu lelaki saya pernah mengeluarkan statement yang buat saya nak tendang kaki dia laju2.ayat dia cmni "perempuan nih,mula2 kita nak kt dia.tp lama2 dia pulak nak kt kita.save kredit aku." wachaaaa..dun worry,sebaik sahaja dia habiskan ayat itu,beliau sudah tersungkur celah longkang. sapa tendang?saya rahsiakan. get it..? lelaki akan berusaha sehabis daya untuk mengorat. tidak semestinya tak sayang lah girlss..hehe..save kedit je tuh.. selagi tak kantoi dia ade pompuan lain,kita pikir positif saje. ok..=]..maybe lelaki dah rasa selesa,dan dia fokuskan pada perkara lain2 seperti kerja dan keluarga dia.yelah,kerja untuk awak jugak..kan..kan..tapi,saya tak berani nak tanya kt cik abg saya pasal hal nih..sebab dia misti cakap saya suka pikir bukan2..ades..selalu misunderstood..

ini cara saya handle probs saya.ada banyak lagi.nanti ada lagi saya akan kongsi lagi..hekhek

kalau kawan2 saya ada tips lain sila2 lah berkongsi dengan saya ye.mana tahu saya boleh apply dalam kehidupan saya.seperti yang saya cakap tadi,saya pun tengah berusaha gigih untuk kekalkan hubungan kami.. yg paling penting,sentiasa SABAR,BERFIKIRAN POSITIF,JUJUR,SETIA n selalu lah berdoa supaya beliau tuh jodoh kita.hikhik..ada duit cukup boleh ajak kahwin..kami nih bila lah nak kawin..duit tak cukup2 lagi.adess..

p/s:nak jumpa ah long..chow!

p/s lagi: pada kawan2,jgn gado2 dengan encik bf lagi ek..muah..

Tuesday, November 16, 2010

mak..ayu rindu..(T_T)

wanita ini adalah semangat saya.

tensen. tidak dapat balik ke kampung semasa raya adalah perkara paling annoying dalam hidup. walaupun hari raya aidiladha tidak semeriah hari raya aidlfitri, saya tetap mahu pulang ke kampung halaman. bukan setakat emak,anak sedara sahaja yang rindukan saya,tetapi ayam,itik(sengaje menokok tambah supaya kedengaran lebih sadis),burung berkicauan juga rindukan saya. mungkin penunggu kampung juga terintai-intai kepulangan saya ke kampung.mana tahu boleh jadi bahan. arghhh..persetankan..

di terengganu,hari raya korban pon meriah tau. setiap pagi raya mak akan buat nasik bukhari berlaukkan gulai terengganu. kami adik beradik dapat makan makanan special ini 1 tahun 2 kali sahaja..sedihkan.. saya nak balik kampung.tp cuti sehari sahaja.gila apa nak balik.7 jam pegi 7 jam balik bukan lah munasabah untuk pulang ke kampung. rindu kt mak..rindu kt aliya..rindu kt jejaka ensem kt kampung..ok.tipu semata.kampung saya tiada jejaka hensem.(saya berharap tiada diantara mereka membaca blog ini..yakin)

takpa lah..di malam raya ini saya mahu pergi membuat aktiviti yang lebih urban seperti pergi makan kat lookout point bukit ampang..sengaja mahu menjeleskan penduduk kampung..sebenarnya dalam hati saya sgt jeles pada rakyat terengganu yang beraya di terengganu....!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAK..MINTAK MAAF ZAHIR DAN BATIN. KT K.L AYU TAK NAKAL TAW..HEHE

P/S: cik tiah..sediakan makanan yang byk untuk kami..esok kami dtg dgn perut kusun..

Sunday, November 14, 2010

terasa di sayangi..cewaaahhh!!

gambar nih kene tangkap dekat taman klcc..berpeluh-peluh gile.baru tau susah nak tangkap gambar nih!
talent : farzalena
penangkap : ayu anak pakcik mohd..:)


best sgt pegi 'photo shooting' semalam..wahaha..tapi kan tengah-tengah syiok amik gambar,hujan pulak..(T_T) sgt stress taw..tak kan saya nak korbankan sebijik camera semate seframe gambar..oh tidak..saya tidak akan lakukannya. bagi saya gambar ini terlalu low exposure..bagi saya lah..ada gambar lagi okay..tapi lain kali upload..sengaja upload ini gambar sebab nak kaitkan dengan diri sendiri punya cerita.

cerita saya...=] (mood jiwang menyelubungi diri)

saya mempunyai seorang boyfren yang tidak suka menunjukkan perasaan nya dekat saya..haih..kesiankan saya.tp cara dia ialah tidak menunjukkan sayang kt saya melalui lisan..tp dia suka tunjuk melalui perbuatan..ermm...mula-mula,sangt sedih..sbb susah betul nak dengar die cakap ' i love u' dekat saya. tp lama-lama saya sudah memahami beliau sikit-sikit.. cmne dia tunjuk melalui perbuatan..ermm...contoh, pada hari hujan lebat,kami nak melintas jalan.saya sgt lambat berlari.tp dia sebaliknya.bahkan,dia sanggup berbasah2 dengan saya dan sengaja memperlahankan larian dia semata2 tanak tinggalkan saya terkontang-kanting dalam hujan sorang-sorang.kenapa dia tak tarik tangan saya ? sebab dia takut saya jatuh tersungkur kalau ikut rentak larian dia.sebab dia tahu saya mmg sangat teruk dalam bidang larian-larian..SANGAT!..hahaha..contoh lain? cukup2 lah..nnt orang muntah ijau..lgpun cinta tidak perlu dipamerkan..kan..? warghhh..lying to myself..

(stop jiwang mood)

skrg saya mempunyai wishlist yang baruuuuuu..aaa... tensen betol..saya inginkan sebijik ipod touch..kering duit..cilakak betol..apa yang saya perlu lakukan semata2 ingin dapatkan menatang itu..





p/s: saya berkenan dengan cara keji..oh Tuhan..!















































Thursday, November 4, 2010

kisah 3 ringgit..

pesanan penaja: ini bukan entry bergambar


saye ingin cerita tentang kisah hidup sadis siang tadi. semua sedia maklum,saye mmg miskin. kisah bermula...


pagi tadi sye bangun tido amat lewat.pukul 9.30 pagi.setat keje pukul 9.00 pg. bygkan betapa perasannye saye merasakan bahawa itu syarikat moyang saye.tidak apaham ayat tu?ok abaikan..x masuk exam.. pastu seperti manusia normal lain yang lambat,sye juge kelam kabot..mandi selaju boleh dan pki baju secepat mungkin..bedak dan mekap? tiada dalam kamus org lambat. utk pengetahuan semua..duit saye cukup2 je ade rm6 (sile simpati) sampai gaji 7hb nih(7hb sye terpakse menghilangkan diri,takut ade org ingin menumpang kaye). pas beli tiket lrt pegi-balik yg berharge rm2.80 saye terus memasukkn baki duit saye kt dlm poket. so dlm poket ade rm3.20 je idup2. pas2 dah bajet lunch nnt nk beli roti xpon buah betik je. dah dapat tiket seperti bese,berlarian-larian utk ke lrt pule..

dah sampai ofis,berpeluh2 toksah cakap la. dan,nsb baik x kene mrh even sampai pukul 10.15 pg (misti nama sye dalam waiting list utk dibuang keje). dah kol 1 pm, makan time laa..ape lg..raba2 poket duit kertas rm3 xde..cume tinggal 20sen je terkontang kanting..kt k.l 20sen pon x cukup waima nak beli gule2 sebijik. so ingt nk pg bank nk kuarkan duit..x boleh sbb dalam xleh kuar duit 10-10..boleh kuar 50 je..dan last baki x smpi 50..waaa..kejamnye donia...(T_T)..perut pulak dah tarik muke masam..merajuk!

saye pon masuk opis..dan terus menahan lapar sambil minum air masak. balik umah,rum mate saye,lina,dengan baik hati blnje saye mkn. pastu kakak saye pulak blanje makan lg.. tenkiu lina,kakya..nnt gaji saye belanje korang pulak. dan sekarang saye sgt KENYANG..hahahaha


p/s : lepas ini,saye ingin berjimat.err..errr..

Wednesday, November 3, 2010

setahun sekali update..


hik..hik..cukup setahun sye bru update..takpe,update setahun sekali takpe dari update hari2 tp plagiat hasil keje org..ayat nak kerek je aku nih. gambar di atas saye amik kt tasik titiwangsa.tolong kawan nak masuk contest apetah kt majalah rapi..as long mmg hobi sye amik2 gambar,sye terus bersetuju tanpa memikirkan risiko.hoho. gambr kt atas mmg x edit and x bubuh watermark sbb laptop saya tiada photoshop skrg..terpaksa uninstall itu hari. setelah penat-penat beronggeng sakan kt titiwangsa,si model ini yang bername cik farzalena,terus belanja mcd..hahaha(gelak mewah).tiada gambar kerana penulis buruk time makan atau nama lainnye,BURUK LANTAK...


jumpa lagi tahun depan(kalo masih idup)..bobaiiii!!

p/s:sye nak ikut mereke pg photoshoot kt bukit broga..tp,terpaksa menerima arahan dari kakak dikdator,beliau suh sye lepak umah die..(T_T)