Tuesday, December 14, 2010

my 25 konfesyen (serius lupa cmna nak eja)

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you." tagged by:http://maibolesarahponbole.blogspot.com


ini tag mai yg kasik.sebagai bukti sila godek shoutbox saya. so,tiada entry bergambar kali ini. sila godek diri saya( sounds lucah..lantak lah)..ahak.. cekidout beybeh..!!

25 perkara tentang saya.
masa kecik
1- nama penuh saya nor idayu binti mohd. menurut mak saya masa mula-mula lahir ,mak nak kasik nama Nur Jannah.tp arwah ayah melarang keras sebab takot budak-budak kecik panggil saya jahanam. haha. dah memang takdir nama saya idayu kot. tu pon sepupu saya bagi nama nih. mebi mak saya give up. haha.saya terfikir jugak,kalau nama saya jannah apa nama samaran,glemer,manja saya. anna,jannah,jenny(sedikit mustahil),june,janne,jejanz..ahh..lantak lah.

2- pasal nama lagi..haha.kawan-kawan sekolah saya panggil nama dayu.mak,orang kampung,family,boyfren panggil nama saya ayu.masa sekolah saya melarang keras orang panggil nama ayu.macam tidak sesuai dengan diri saya.orang putih cakap tidak sinkronize(sumpah lupa cmne nak eja) dengan peragai tidak semenggah saya. dulu masa kecik-kecik boleh dikatakan kawan-kawan sepermainan saya semua lelaki.dah baligh,mak warning awal-awal,jangan sentuh lelaki,nanti mengandung.hahahahaaha..masa tu dah kurang aktiviti main kat padang.

3- permainan yang paling digemari masa kecik-kecik ialah bola dalam(bola beracun), bola katok(rounders), bola selipar, gelap ceroh(galah panjang),ta nusuk(sembunyi2),ta kejor(kejar2) dan bakar kemuncup kering kat padang. memandangkan kawan-kawan saya semua lelaki masa tuh,saya memang agak selekeh time kecik. memang tiada satu skirt atau gaun pon dalam wardrobe masa kecik.ececeh.ayat nak global.

4- selain bermain dengan kawan-kawan saya sangat rapat dengan sepupu sebaya saya masa kecik.kebetulan semuanya lelaki.bertambah lah saya punya kekasaran. kami pun bermain permainan di sebutkan di atas. tapi part paling best ialah time mak saya ubah suai susunan rumah kami,saya dengan pantas menelifon peja dan zakwan(sepupu saya).masa tu rumah saya pakai telifon dial-up telekom.jangan fitnah saya pakai blackberry.tujuan,kami ade port baru untuk menyorok ketika main permainan ta nusuk.haha. gigih betol.

5- faktanya,walaupun kawan-kawan dan permainan saya memang boleh tahan lasak,hakikatnya saya paling lembab arena sukan sekolah.dari darjah satu sampai sekolah menengah tidak pernah wakil sekolah dalam apajua pertandingan sukan. akhirnya end-up dengan pertandingan nasyid sampai peringkat daerah. kira feminin la jugak saya time sekolah rendah.haha..

masa besar sikit.sekolah menengah lah.jangan fikir pasal lemak.karate nak?

6- saya bersekolah dekat mrsm ytd. sekolah asrama penuh yang jarak tak sampai 20 minit naik keta. sekolah nih paling best.sebab kedudukan sekolah ni mengadap pantai,kawan-kawan yang best,cikgu yang best dan peraturan kat sini boleh bawak handfone.gila best. satu je tak best.SENIOR. stop.
7- mrsm kuala krai. kami terpaksa berpindah setelah setahun bersekolah dekat ytd. akibat politik kami yang kena. kebaikan sekolah kt sini. dapat jumpa nazrin. haha. saya je minat kat dia.dia maybe tidak kenal saya.saya bukan glemer tuh.

8- mrsm kuantan. ambil spm kat sini.saya jadi macam haram.asyik fly.stop.tiada yang menarik.

9- masuk jugak lah zaman kolej.masuk klmu. tak best jugak. ala.cerita pasal pelajaran memang tak best.hahaha

10- pada tahun 2007,saya mula berhijrah ke k.l.memang batak. toksah cakap lah. tengok klcc woo. pergi tasik titiwangsa. dan penah kena kejar dengan mat rempit. nasib baik tiada kena apa-apa. kalau tak maybe mayat aku bersemadi dalam tasik titiwangsa.jadi jajan naga tasik barangkali.

sekarang.masih besar.

11- sekarang semua kawan-kawan panggil nama ayu.kawan sekolah masih kekal panggil nama dayu. korang special okay. haha

12- saya seorang penakut ketika di kampung saya.kenapa dikampung bukan di tempat lain. sebab abang,adik,kakak suka momokkan saya dengan cerita hantu dekat kawasan rumah saya. sampai sekarang saya kena mandi berteman. even,nak pergi amik nasik kat dapur pun kena berteman. kelas nyah.!

13- saya ada seorang boyfren. haha. dia orang besut. keja kilang je. sekarang berada di nilai.saya menaip entry ini ketika bermesej dengan beliau. dia cakap dia sedang menonton tv cerita "kau dan aku".gilak. saya pun tak layan cerita tersebut. haha.rindu.(sila pengsan)

14- bulan ini genap 7 tahun pemergian ayah saya. kehilangan yang sangat besar dalam hidup saya.

15- hakikatnya saya benci bulan disember walaupun hari lahir saya 7/12,sebab bulan ini bulan arwah ayah saya meninggal. dan setiap kali datang bulan disember saya rasa saya akan kehilangan orang yang saya sayang. paranoid beb.

16- buat masa sekarang saya sangat inginkan ipod touch 4g.sangat-sangat nak. memang boleh gilak kalau fikirkan beliau yang kesejukan dalam kedai Machine KLCC.

17- kalau saya terjumpa jin aladin saya nak mintak 1 je. hidupkan ayah saya kembali.tapi ini mustahil.

18- seorang yang tidak mempunyai lesen kereta dan motor. motor reti bawak tapi tak ambik lesen lagi. kereta memang saya tak reti bawak. masa kecik kasar sangat,tak tau kenapa masa besar boleh jadi lemah gemalai pulak. haha. jangan nafikannya kawan-kawan..hahahahaha

19- walaupun tiada lesen kereta tetapi tetap mempunyai kereta idaman. paling suka suzuki swift. dan paling koman nak celica.hahaha. tapi kalau dah keluar lesen baham viva takpon myvi sudah.

20- saya seorang penakut pada ubat. seboleh-bolehnya ubat adalah benda terakhir saya makan kalau saya sakit.saya akan mencuba petua-petua yang kuno dahulu. gigih tuh. sebabnya,dari kecik sampai besar saya benci ubat bijik-bijik.susah nak telan. cik abang saya pun jengkel dengan perangai saya ni.bukan buat-buat manja. kalu tak percaya, tanya mak saya,anak mana yang merayu-rayu pada doctor,nak ubat demam jenis air pada umur 13 tahun. first time makan panadol pun masa form 5. pendek kata,benci lah!

21- saya suka pedas. bagi saya makanan yang tidak pedas itu takde kelas. ecewah..ayat bajet pelanggan setia kedai makan chillies. padahal haram tak penah masuk. saya nak tahu,makanan kt chillies pedas tak..?

22- saya seorang yang susah nak marah. kalau saya sangat marah,dari mulut yang sangat becok boleh jadi pendiam yang amat. itu sahaja cara saya marah.

23- peminat fotografi. masih amatur.tidak boleh komen banyak-banyak.haha

24- target hidup saya sekarang, carik duit. tu je.

25- zaman paling indah dalam hidup saya ialah zaman kanak-kanak saya. sebab masa tu,ayah saya masih ada. masa itu terlalu indah.sangat-sangat.


sapa rasa2 nak buat,buat lah.hehe

Thursday, December 9, 2010

buatan malaysia

ini gambar candid tau.haha
talent: fathiah/tya

hye..! gambar di atas saya ambik dekat bukit broga.kawasan ini dekat semenyih kalau tak silap. bagi yang tidak tahu,syed muzafar ambik gambar pre-wedding dia kat sini lah.okey,ayat tumpang glemer dan riak. background gambar ini macam kat luar negara.serius.sebab saya pernah lihat student malaysia di japan amik gambar background nya sebijik sejibon macam kat bukit broga. tengok! Malaysia pun cantik la. kat sini saya nak cerita pasal buatan malaysia vs buatan luar negara.

menurut kajian dr.fazdilah kamsah(betol ke eja nih!),seseorang human sapiens lahir pada bulan disember adalah seorang yang patriotik. saya agak bersetuju.tapi saya tahap patriotik yang biasa-biasa saja. saya cukup berbulu dengan rakyat malaysia yang malu dengan negaranya sendiri. adessss.. saya terpanggil kat nak tulis kat sini sebab saya gatal mata pegi baca komen-komen pasal kereta buatan malaysia dan kereta buatan luar negara. paling dasyat pergi banding kereta proton wira dengan ferrari. berdarah-darah mata saya baca.nak cakap mereka nih cetek akal,saya sendiri pon belajar tak habis.memang tak sedar diri la saya cakap orang lain cetek akal. entah la,tak tahu saya nak letak orang macam nih apa kategori. kalo sedara blogger obefiend,dia panggil org macam nih AMALAYNICAN.

saya akui saya sendiri suka jenama omputih.saya suka jenama levis(tp tak ada seluar jeans levis),nike,nikon(jepun), dan kereta idaman saya suzuki swift(jepun). kenapa tidak perodua. standard(bahasa omputih gak) la,kalau sebut idaman mesti la yang mahal-mahal.dan benda mahal sinonim dengan barang import. tapi saya nak tegaskan jangan la kutuk-kutuk barangan buatan tempatan. nak kutuk boleh,tapi yang membina.

filem
banyak jugak saya jumpa orang yang geli,malu dan memang kondem habis citer melayu. contoh saya pernah terkejut dengan satu dialog rakan sekelas saya masa di kolej dulu.

saya: best la citer upin upin.aku suke gile.pasni nak tengok lagi!! cumel..cumel..(gedik sikit sbb ade budak ensem)
rakan 1: aku tak tengok lagi.tapi orang cakap best.nak tengok la.
rakan 2: eei..aku tak suka la tengok filem bahasa melayu. rase lain macam.tak sesuai la citer melayu dalam panggung..
saya dan rakan 1:.......

lagu
saya mengaku,saya pergi konsert paramore tapi tak pergi konsert awie dan amy search. mentang-mentang awak peminat artis va va voom,please jangan la kutuk orang dengar lagu jelmol,lagu rock kapak even lagu p.ramlee. okey,ini pengakuan ikhlas,saya pernah kutuk orang suka dengar lagu hindustan.sekarang saya belajar dari kesilapan.sekarang saya sudah diamkan mulut supaya tidak membebel orang dengar lagu hindustan kuat2 tapi mula memakan panadol sebab pening dan tidur. saya baru menyedari,saya perlu menghormati citarasa seseorang,biarkan mereka dengan minat mereka selagi tidak menyusahkan kita. baru nak sedar..umur dah 21 tahun.saya mula meluat dengan perangai sendiri.


kereta
yang nih saya nak tergelak.kebanyakan orang yang kutuk kereta malaysia adalah pengguna proton dan perodua. paling import pun,honda ferio second atau third hand.


sebenarnya saya tak ada masalah dengan peminat barangan,filem,lagu bukan buatan malaysia. kalau mereka tak minat tetapi tidak kutuk,saya memang tak ada masalah.tapi paling saya tak tahan jika mereka kutuk,mempersendakan orang yang minat produk keluaran tempatan. tetapi diri sendiri pemagang passport biru bernama mykad.

saya suka orang yang kutuk,kondem yang membina.ataupun seseorang yang kutuk2 dan mengeluarkan idea yang bernas. okey..sangat bagus untuk pembangunan Malaysia. tapi setakat kutuk2 tapi tak ada action langsung,baik anda diam.


p/s: entry yang agak keras.haha..



Wednesday, December 8, 2010

bercinta,masalah dalam kebahagiaan..

bunga2 kt icity.first time dapat effect bokeh yang ketara..yeay..!!



assalamualaikum...

hehe..saye sebenarnya klo boleh nak elakkan cerita pasal cinta dalam blog. sbb sye bukan seorg yg arif dalam percintaan.tidak bermakna saya benci org bercerita kisah cinta n masalahnya kt blog.itu hak masing2 kan..kan.kalau kawan saya yg sya kenal sye suka gak baca..sbb sya tahu dorg tengah berbahagia dengan pilihan hati masing2. sye pun suka baca kisah cinta suami isteri.bg saya cinta akan suami atau isteri adalah cinta yg sejati..dan cinta abadi kita ialah Allah SWT.. mukadimah yg panjang n out of topic..

tapiiii..


disebabkan baru2 nie,saya telah menjadi bahan rujukan oleh seorang kawan, so saya ingin berkongsi cara saya nak handle masalah boyfren jenis tak romantik atau jenis rilek2(nie bahasa budak2 jaman milennium)..hehe.. ini berdasarkan pengalaman saya nak masuk 5tahun bercinta.. bila saya sediakan tips mcm nih jangan expect hubungan saya dengan cik abg saya sudah tahap berjaya..sbb kami pun masih berusaha untuk mengekalkan hubungan.. lgpun,jodoh di tangan tuhan..saya tidak terlalu mengharap.. okey..saya melencong lagi..tensen lah cmni..asik melencong je. keyword saya ialah:BERFIKIRAN POSITIF


masalah pertama: nak buat macam mana kalau boyfren saya tidak romantik..? langsung tak pernah puji saya, pendiam dan asyik dengan hobi dia saja..?

- ditegaskan kat sini..seorang lelaki yg tidak romantik tidak semestinya tidak sayangkan kita. menurut majalah yg pernah saya baca,seorang lelaki tidak pandai nak express feeling dekat perempuan yg dia sayang. bg saya,bagus jugak lelaki tidak bermulut manis dan romantik nih. susah sikit dia nak pasang baru..hahahahaha..
and pasal hobi,biar la..selagi tidak memudaratkan izinkan dia lakukan hobi dia. sebab dia bukan milik kita sepenuhnya. kita tidak boleh terlalu mengawal lelaki nih..sbb saya pernah kena warning dengan boyfren saya masa mula bercinta dulu2..JGN PAKSA LELAKI..sbb kaum dorg tidak suka dipaksa..seperti kita jugak..


kedua: masa mula-mula bercinta selalu telefon,selalu mesej..sekarang macam dah jarang..dia ada pompuan lain ke..?

- satu perangai lelaki yang saya menyampah. sebelum jadik awek,bukan main lagi.hari2 mesej,hari2 telefon.tp bila dah dapat..sekali sehari telefon pun susah. sepupu lelaki saya pernah mengeluarkan statement yang buat saya nak tendang kaki dia laju2.ayat dia cmni "perempuan nih,mula2 kita nak kt dia.tp lama2 dia pulak nak kt kita.save kredit aku." wachaaaa..dun worry,sebaik sahaja dia habiskan ayat itu,beliau sudah tersungkur celah longkang. sapa tendang?saya rahsiakan. get it..? lelaki akan berusaha sehabis daya untuk mengorat. tidak semestinya tak sayang lah girlss..hehe..save kedit je tuh.. selagi tak kantoi dia ade pompuan lain,kita pikir positif saje. ok..=]..maybe lelaki dah rasa selesa,dan dia fokuskan pada perkara lain2 seperti kerja dan keluarga dia.yelah,kerja untuk awak jugak..kan..kan..tapi,saya tak berani nak tanya kt cik abg saya pasal hal nih..sebab dia misti cakap saya suka pikir bukan2..ades..selalu misunderstood..

ini cara saya handle probs saya.ada banyak lagi.nanti ada lagi saya akan kongsi lagi..hekhek

kalau kawan2 saya ada tips lain sila2 lah berkongsi dengan saya ye.mana tahu saya boleh apply dalam kehidupan saya.seperti yang saya cakap tadi,saya pun tengah berusaha gigih untuk kekalkan hubungan kami.. yg paling penting,sentiasa SABAR,BERFIKIRAN POSITIF,JUJUR,SETIA n selalu lah berdoa supaya beliau tuh jodoh kita.hikhik..ada duit cukup boleh ajak kahwin..kami nih bila lah nak kawin..duit tak cukup2 lagi.adess..

p/s:nak jumpa ah long..chow!

p/s lagi: pada kawan2,jgn gado2 dengan encik bf lagi ek..muah..

Tuesday, November 16, 2010

mak..ayu rindu..(T_T)

wanita ini adalah semangat saya.

tensen. tidak dapat balik ke kampung semasa raya adalah perkara paling annoying dalam hidup. walaupun hari raya aidiladha tidak semeriah hari raya aidlfitri, saya tetap mahu pulang ke kampung halaman. bukan setakat emak,anak sedara sahaja yang rindukan saya,tetapi ayam,itik(sengaje menokok tambah supaya kedengaran lebih sadis),burung berkicauan juga rindukan saya. mungkin penunggu kampung juga terintai-intai kepulangan saya ke kampung.mana tahu boleh jadi bahan. arghhh..persetankan..

di terengganu,hari raya korban pon meriah tau. setiap pagi raya mak akan buat nasik bukhari berlaukkan gulai terengganu. kami adik beradik dapat makan makanan special ini 1 tahun 2 kali sahaja..sedihkan.. saya nak balik kampung.tp cuti sehari sahaja.gila apa nak balik.7 jam pegi 7 jam balik bukan lah munasabah untuk pulang ke kampung. rindu kt mak..rindu kt aliya..rindu kt jejaka ensem kt kampung..ok.tipu semata.kampung saya tiada jejaka hensem.(saya berharap tiada diantara mereka membaca blog ini..yakin)

takpa lah..di malam raya ini saya mahu pergi membuat aktiviti yang lebih urban seperti pergi makan kat lookout point bukit ampang..sengaja mahu menjeleskan penduduk kampung..sebenarnya dalam hati saya sgt jeles pada rakyat terengganu yang beraya di terengganu....!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAK..MINTAK MAAF ZAHIR DAN BATIN. KT K.L AYU TAK NAKAL TAW..HEHE

P/S: cik tiah..sediakan makanan yang byk untuk kami..esok kami dtg dgn perut kusun..

Sunday, November 14, 2010

terasa di sayangi..cewaaahhh!!

gambar nih kene tangkap dekat taman klcc..berpeluh-peluh gile.baru tau susah nak tangkap gambar nih!
talent : farzalena
penangkap : ayu anak pakcik mohd..:)


best sgt pegi 'photo shooting' semalam..wahaha..tapi kan tengah-tengah syiok amik gambar,hujan pulak..(T_T) sgt stress taw..tak kan saya nak korbankan sebijik camera semate seframe gambar..oh tidak..saya tidak akan lakukannya. bagi saya gambar ini terlalu low exposure..bagi saya lah..ada gambar lagi okay..tapi lain kali upload..sengaja upload ini gambar sebab nak kaitkan dengan diri sendiri punya cerita.

cerita saya...=] (mood jiwang menyelubungi diri)

saya mempunyai seorang boyfren yang tidak suka menunjukkan perasaan nya dekat saya..haih..kesiankan saya.tp cara dia ialah tidak menunjukkan sayang kt saya melalui lisan..tp dia suka tunjuk melalui perbuatan..ermm...mula-mula,sangt sedih..sbb susah betul nak dengar die cakap ' i love u' dekat saya. tp lama-lama saya sudah memahami beliau sikit-sikit.. cmne dia tunjuk melalui perbuatan..ermm...contoh, pada hari hujan lebat,kami nak melintas jalan.saya sgt lambat berlari.tp dia sebaliknya.bahkan,dia sanggup berbasah2 dengan saya dan sengaja memperlahankan larian dia semata2 tanak tinggalkan saya terkontang-kanting dalam hujan sorang-sorang.kenapa dia tak tarik tangan saya ? sebab dia takut saya jatuh tersungkur kalau ikut rentak larian dia.sebab dia tahu saya mmg sangat teruk dalam bidang larian-larian..SANGAT!..hahaha..contoh lain? cukup2 lah..nnt orang muntah ijau..lgpun cinta tidak perlu dipamerkan..kan..? warghhh..lying to myself..

(stop jiwang mood)

skrg saya mempunyai wishlist yang baruuuuuu..aaa... tensen betol..saya inginkan sebijik ipod touch..kering duit..cilakak betol..apa yang saya perlu lakukan semata2 ingin dapatkan menatang itu..





p/s: saya berkenan dengan cara keji..oh Tuhan..!















































Thursday, November 4, 2010

kisah 3 ringgit..

pesanan penaja: ini bukan entry bergambar


saye ingin cerita tentang kisah hidup sadis siang tadi. semua sedia maklum,saye mmg miskin. kisah bermula...


pagi tadi sye bangun tido amat lewat.pukul 9.30 pagi.setat keje pukul 9.00 pg. bygkan betapa perasannye saye merasakan bahawa itu syarikat moyang saye.tidak apaham ayat tu?ok abaikan..x masuk exam.. pastu seperti manusia normal lain yang lambat,sye juge kelam kabot..mandi selaju boleh dan pki baju secepat mungkin..bedak dan mekap? tiada dalam kamus org lambat. utk pengetahuan semua..duit saye cukup2 je ade rm6 (sile simpati) sampai gaji 7hb nih(7hb sye terpakse menghilangkan diri,takut ade org ingin menumpang kaye). pas beli tiket lrt pegi-balik yg berharge rm2.80 saye terus memasukkn baki duit saye kt dlm poket. so dlm poket ade rm3.20 je idup2. pas2 dah bajet lunch nnt nk beli roti xpon buah betik je. dah dapat tiket seperti bese,berlarian-larian utk ke lrt pule..

dah sampai ofis,berpeluh2 toksah cakap la. dan,nsb baik x kene mrh even sampai pukul 10.15 pg (misti nama sye dalam waiting list utk dibuang keje). dah kol 1 pm, makan time laa..ape lg..raba2 poket duit kertas rm3 xde..cume tinggal 20sen je terkontang kanting..kt k.l 20sen pon x cukup waima nak beli gule2 sebijik. so ingt nk pg bank nk kuarkan duit..x boleh sbb dalam xleh kuar duit 10-10..boleh kuar 50 je..dan last baki x smpi 50..waaa..kejamnye donia...(T_T)..perut pulak dah tarik muke masam..merajuk!

saye pon masuk opis..dan terus menahan lapar sambil minum air masak. balik umah,rum mate saye,lina,dengan baik hati blnje saye mkn. pastu kakak saye pulak blanje makan lg.. tenkiu lina,kakya..nnt gaji saye belanje korang pulak. dan sekarang saye sgt KENYANG..hahahaha


p/s : lepas ini,saye ingin berjimat.err..errr..

Wednesday, November 3, 2010

setahun sekali update..


hik..hik..cukup setahun sye bru update..takpe,update setahun sekali takpe dari update hari2 tp plagiat hasil keje org..ayat nak kerek je aku nih. gambar di atas saye amik kt tasik titiwangsa.tolong kawan nak masuk contest apetah kt majalah rapi..as long mmg hobi sye amik2 gambar,sye terus bersetuju tanpa memikirkan risiko.hoho. gambr kt atas mmg x edit and x bubuh watermark sbb laptop saya tiada photoshop skrg..terpaksa uninstall itu hari. setelah penat-penat beronggeng sakan kt titiwangsa,si model ini yang bername cik farzalena,terus belanja mcd..hahaha(gelak mewah).tiada gambar kerana penulis buruk time makan atau nama lainnye,BURUK LANTAK...


jumpa lagi tahun depan(kalo masih idup)..bobaiiii!!

p/s:sye nak ikut mereke pg photoshoot kt bukit broga..tp,terpaksa menerima arahan dari kakak dikdator,beliau suh sye lepak umah die..(T_T)